Wikisumber mswikisource https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama MediaWiki 1.47.0-wmf.15 first-letter Media Khas Perbincangan Pengguna Perbincangan pengguna Wikisumber Perbincangan Wikisumber Fail Perbincangan fail MediaWiki Perbincangan MediaWiki Templat Perbincangan templat Bantuan Perbincangan bantuan Kategori Perbincangan kategori Gerbang Perbincangan gerbang Pengarang Perbincangan pengarang Karya Perbincangan karya Terjemahan Perbincangan terjemahan Laman Perbincangan laman Indeks Perbincangan indeks TimedText TimedText talk Modul Perbincangan modul Acara Perbincangan acara Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/53 250 8798 24117 2026-08-14T12:20:17Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 24117 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|53}}</noinclude>:{{anchor|37.1.b}}''(b)'' suatu akuan berkanun yang dibuat oleh salah seorang pemegang amanah atau oleh tiga orang anggota dan setiausaha pertubuhan itu bahawa peruntukan Akta ini telah dipatuhi hendaklah dihantar kepada Pendaftar bersama-sama dengan surat cara pembubaran itu; :{{anchor|37.1.c}}''(c)'' surat cara itu tidak boleh mengarahkan atau mengandungi apa-apa peruntukan bagi pembahagian atau penguntukan kumpulan wang pertubuhan itu atau apa-apa bahagiannya, selain bagi maksud melaksanakan tujuan pertubuhan itu sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah-kaedahnya, melainkan jika tuntutan tiap-tiap anggota atau orang yang menuntut apa-apa bantuan, anuiti atau faedah lain daripada kumpulan wangnya ditunaikan dengan sewajarnya terlebih dahulu atau peruntukan yang cukup ada dibuat bagi menunaikan tuntutan itu; :{{anchor|37.1.d}}''(d)'' surat cara pembubaran itu hendaklah didaftarkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta ini bagi pendaftaran pindaan kaedah-kaedah, dan hendaklah mengikat semua anggota pertubuhan itu; dan :{{anchor|37.1.e}}''(e)'' Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya pembubaran itu disiarkan dalam ''Warta'' dan jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran itu dalam ''Warta'', seseorang anggota atau peyuran atau orang lain yang mempunyai kepentingan mengenai atau yang ada apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu tidak memulakan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran pertubuhan itu, dan oleh itu pembubaran itu tidak diketepikan, pertubuhan itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan dari tarikh penyiaran itu dalam ''Warta''; dan persetujuan yang perlu dalam surat cara pembubaran itu hendaklah disifatkan telah didapati dengan sewajarnya tanpa bukti mengenai tandatangan dalamnya. '''Pembubaran oleh Pendaftar''' {{anchor|38.1}}'''38.''' (1) Jika didapati oleh Pendaftar daripada apa-apa maklumat dalam milikannya bahawa kumpulan wang sesuatu pertubuhan berdaftar yang mempunyai dua ribu anggota atau lebih tidak mencukupi untuk menunaikan tuntutan yang ada ke atasnya atau bahawa kadar caruman yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah<noinclude></noinclude> cg11oedc4ovk3nxcc4jz66bm9l084vr Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/54 250 8799 24118 2026-08-14T12:21:53Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 24118 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|54|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menampung faedah yang dijamin, Pendaftar boleh memerintahkan pertubuhan itu supaya melantik seorang juruaudit atau aktuari yang akan diluluskan olehnya untuk menyiasat hal ehwal atau sebahagian daripada hal ehwal pertubuhan itu, tetapi Pendaftar hendaklah memberikan tidak kurang daripada satu bulan notis terlebih dahulu secara bertulis kepada pertubuhan yang hal ehwalnya akan disiasat. {{anchor|38.2}}(2) Jika apabila penyiasatan dijalankan didapati oleh Pendaftar bahawa kumpulan wang pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menunaikan tuntutan yang ada ke atasnya atau bahawa kadar caruman yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah pertubuhan itu tidak mencukupi untuk menampung faedah yang dijamin, Pendaftar boleh, jika dianggapnya suai manfaat untuk berbuat demikian, memerintahkan pertubuhan itu dibubarkan dan hal ehwalnya digulung dan hendaklah mengarahkan cara apa aset pertubuhan itu akan dibahagikan atau diuntukkan: Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh menggantung perintahnya selama tempoh yang difikirkannya perlu untuk membolehkan pertubuhan itu membuat apa-apa perubahan atau penyesuaian mengenai caruman dan faedah yang akan, menurut hematnya, mengelakkan keperluan bagi membuat perintah pembubaran. {{anchor|38.3}}(3) Pendaftar yang menjalankan tindakan di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai segala kuasa dan autoriti yang boleh dikuatkuasakan dengan penalti yang sama seperti dalam hal sesuatu pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen 40. {{anchor|38.4}}(4) Tiap-tiap perintah di bawah seksyen ini, sama ada bagi pembubaran atau pembahagian kumpulan wang, hendaklah mengikat pertubuhan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan ke atas semua anggota dan peyuran pertubuhan itu dan ke atas semua orang yang mempunyai apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu dan hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti suatu keputusan dalam sesuatu pertikaian di bawah seksyen 40. {{anchor|38.5}}(5) Belanja bagi penyiasatan dan penyiaran perintah bagi pembubaran di bawah seksyen ini hendaklah dibayar daripada kumpulan wang pertubuhan itu sebelum apa-apa penguntukan lain dibuat daripada kumpulan wang itu.<noinclude></noinclude> r8b2auexbehcamfp3mjj89ae3zf2ey3 Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/55 250 8800 24119 2026-08-14T12:23:10Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 24119 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|55}}</noinclude> {{anchor|38.6}}(6) Tiap-tiap perintah bagi pembubaran hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu dibuat, disiarkan dalam ''Warta'' dan jika dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran perintah itu, seseorang anggota atau peyuran atau orang yang mempunyai kepentingan mengenai atau yang mempunyai apa-apa tuntutan ke atas kumpulan wang pertubuhan itu tidak memulakan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran pertubuhan itu yang disebabkan oleh perintah itu, dan pembubaran itu tidak diketepikan, pertubuhan itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan mulai dari tarikh penyiaran perintah itu. '''Notis prosiding untuk mengetepikan pembubaran''' {{anchor|39.1}}'''39.''' (1) Jika seseorang menjalankan apa-apa prosiding untuk mengetepikan pembubaran sesuatu pertubuhan berdaftar, dia hendaklah memberikan notis mengenai prosiding itu kepada Pendaftar tidak kurang daripada tujuh hari sebelum prosiding itu dimulakan. {{anchor|39.2}}(2) Jika sesuatu perintah dibuat oleh Mahkamah yang mengetepikan pembubaran sesuatu pertubuhan berdaftar, pertubuhan itu hendaklah memberikan notis mengenai perintah itu kepada Pendaftar dalam masa tujuh hari selepas perintah itu dibuat. '''Keputusan pertikaian''' {{anchor|40.1}}'''40.''' (1) Sesuatu pertikaian antara— :{{anchor|40.1.a}}''(a)'' seseorang anggota atau peyuran atau seseorang yang menuntut melalui seseorang anggota atau seseorang peyuran atau di bawah kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar dengan pertubuhan itu atau seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu; dan :{{anchor|40.1.b}}''(b)'' mana-mana orang yang terkilan yang terhenti menjadi anggota sesuatu pertubuhan berdaftar atau mana-mana orang yang menuntut melalui orang yang terkilan itu, dengan pertubuhan itu atau seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu,<noinclude></noinclude> clmpw2d20k3w7cuwlm7pka74agyl257 Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/56 250 8801 24120 2026-08-14T12:28:23Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 24120 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|56|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>hendaklah diputuskan mengikut cara yang diarahkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan berdaftar itu; dan keputusan yang diberikan sedemikian hendaklah mengikat dan konklusif ke atas semua pihak tanpa rayuan, dan tidak boleh dibawa kepada mana-mana mahkamah atau ditahan melalui injunksi, dan permohonan bagi penguatkuasaan keputusan itu boleh dibuat kepada Mahkamah Sesyen. {{anchor|40.2}}(2) Pihak-pihak dalam sesuatu pertikaian yang melibatkan sesuatu pertubuhan berdaftar boleh melalui persetujuan merujukkan pertikaian itu kepada Pendaftar. {{anchor|40.3}}(3) Pendaftar yang kepadanya sesuatu pertikaian dirujukkan hendaklah sama ada olehnya sendiri atau oleh mana-mana Penolong Pendaftar, mendengar dan memutuskan pertikaian itu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya belanja bagi memutuskan pertikaian itu dibayar sama ada daripada kumpulan wang pertubuhan itu atau oleh mana-mana pihak dalam pertikaian itu sebagaimana yang difikirkannya patut; dan pemutusannya atau perintahnya hendaklah mempunyai kesan yang sama dan boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti suatu keputusan yang dibuat mengikut cara yang diarahkan oleh kaedah-kaedah pertubuhan itu. {{anchor|40.4}}(4) Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang kepadanya sesuatu pertikaian dirujukkan boleh mengendalikan sumpah dan boleh menghendaki supaya semua pihak yang berkenaan dan saksi hadir, dan supaya semua buku dan dokumen yang berhubungan dengan perkara yang dipersoalkan itu dikemukakan. {{C|{{sc|Bahagian III}}<br>PERUNTUKAN PELBAGAI YANG TERPAKAI BAGI PERTUBUHAN SECARA AMNYA}} '''Pertubuhan yang menyalahi undang-undang''' {{anchor|41.1}}'''41.''' (1) Bagi maksud Akta ini, mana-mana pertubuhan yang berikut adalah menjadi suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, iaitu: :{{anchor|41.1.a}}''(a)'' sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan yang telah diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang oleh Menteri di bawah [[#5.1|seksyen 5]];<noinclude></noinclude> hkne3yho4hu42v0smioy82fjkjvbxih Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/57 250 8802 24121 2026-08-14T12:30:41Z PeaceSeekers 18 /* Telah diuji baca */ 24121 proofread-page text/x-wiki <noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|57}}</noinclude>:{{anchor|41.1.b}}''(b)'' sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan yang tidak didaftarkan di bawah [[#7.1|seksyen 7]]; :{{anchor|41.1.c}}''(c)'' sesuatu cawangan sesuatu pertubuhan berdaftar, jika cawangan itu telah ditubuhkan dengan melanggar [[#12.1|subseksyen 12(1)]], atau terus wujud dengan melanggar proviso kepada subseksyen 12(3); :{{anchor|41.1.d}}''(d)'' sesuatu pertubuhan atau sesuatu cawangan pertubuhan itu yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah [[#2A.1|seksyen {{sc|2a}}]], [[#13.1|13]], [[#14.1|14]] atau [[#16.1|16]]. {{anchor|41.2}}(2) Jika sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1), atau pendaftarannya dibatalkan di bawah Akta ini, tiap-tiap cawangan pertubuhan itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal, dan jika cawangan sesuatu pertubuhan adalah menyalahi undang-undang di bawah subseksyen (1) atau kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya disifatkan terbatal di bawah subseksyen ini, tiap-tiap cawangan yang di bawah cawangan itu hendaklah dengan serta-merta selepas itu menjadi menyalahi undang-undang dan kelulusan Pendaftar bagi penubuhannya hendaklah disifatkan terbatal. '''Penalti ke atas pemegang jawatan, dsb., pertubuhan yang menyalahi undang-undang''' {{anchor|42.1}}'''42.''' Mana-mana pemegang jawatan dan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya. '''Penalti ke atas anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang''' {{anchor|43.1}}'''43.''' Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai seorang anggota bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau menghadiri sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang atau yang membayar wang atau<noinclude></noinclude> q2vh4cm7u7ce6zhlf5yqs849myxlz59