Wikisumber
mswikisource
https://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama
MediaWiki 1.47.0-wmf.15
first-letter
Media
Khas
Perbincangan
Pengguna
Perbincangan pengguna
Wikisumber
Perbincangan Wikisumber
Fail
Perbincangan fail
MediaWiki
Perbincangan MediaWiki
Templat
Perbincangan templat
Bantuan
Perbincangan bantuan
Kategori
Perbincangan kategori
Gerbang
Perbincangan gerbang
Pengarang
Perbincangan pengarang
Karya
Perbincangan karya
Terjemahan
Perbincangan terjemahan
Laman
Perbincangan laman
Indeks
Perbincangan indeks
TimedText
TimedText talk
Modul
Perbincangan modul
Acara
Perbincangan acara
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/58
250
8803
24122
2026-08-17T06:19:02Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24122
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|58|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>memberikan apa-apa bantuan kepada atau bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
'''Orang yang membenarkan pertubuhan yang menyalahi undang-undang dalam premis'''
{{anchor|44.1}}'''44.''' Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membenarkan sesuatu mesyuarat bagi sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau bagi anggota sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, diadakan di mana-mana rumah, bangunan atau tempat yang dipunyai atau dihuni atau dikawal olehnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
'''Penalti kerana menghasut, dsb., seseorang supaya menjadi seorang anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|45.1}}'''45.''' (1) Mana-mana orang yang menghasut, mendorong atau mengajak seorang lain supaya menjadi seorang anggota, atau supaya membantu dalam pengurusan, sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
{{anchor|45.2}}(2) Mana-mana orang yang menggunakan apa-apa kekerasan, ugutan atau intimidasi terhadap mana-mana orang lain bagi mendorong orang lain itu supaya menjadi seorang anggota, atau supaya membantu dalam pengurusan, sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.<noinclude></noinclude>
7tgzzer3dc0gb2hgsh00mdd1mm1q3r2
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/59
250
8804
24123
2026-08-17T06:20:32Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24123
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|59}}</noinclude>
'''Penalti kerana mendapatkan yuran atau bantuan untuk pertubuhan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|46.1}}'''46.''' Mana-mana orang yang mendapatkan atau cuba mendapatkan daripada mana-mana orang lain apa-apa yuran atau bantuan bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
'''Menyiarkan, dsb., dakyah pertubuhan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|47.1}}'''47.''' Mana-mana orang yang mencetak, menyiarkan, mempamerkan, menjual atau mendedahkan untuk jualan, atau menghantarkan melalui pos atau yang, tanpa kuasa atau sebab yang sah, ada dalam milikannya apa-apa pelekat, surat khabar, buku, pekeliling, pernyataan bergambar atau apa-apa dokumen atau tulisan lain atau yang dikeluarkan atau yang nampaknya dikeluarkan oleh atau bagi pihak atau bagi kepentingan sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya, dan apa-apa buku, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, surat khabar, surat atau apa-apa dokumen atau tulisan lain yang berkenaan dengannya orang itu telah disabitkan hendaklah dilucuthakkan.
'''Bertindak bagi pihak atau mewakili pertubuhan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|48.1}}'''48.''' (1) Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara bertindak bagi pihak, atau mewakili, atau membantu, sama ada atas sifat profesional atau selainnya, mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang, atau mana-mana orang yang telah menjadi pemegang jawatan pertubuhan itu seolah-olah dia terus menjadi pemegang jawatan pertubuhan itu, atau mana-mana badan yang telah menjadi badan pengelola pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu seolah-olah ia terus menjadi badan pengelola yang sedemikian, berhubung dengan apa-apa perkara, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.<noinclude></noinclude>
8q73cjtug3xogwljdml9n0t8kq2ootb
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/60
250
8805
24124
2026-08-17T06:24:04Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24124
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|60|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>
{{anchor|48.2}}(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu rayuan oleh sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang di bawah [[#18.1|seksyen 18]], atau bagi apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara yang melibatkan pertubuhan itu, atau mana-mana orang yang telah menjadi pemegang jawatannya, atau suatu badan yang telah menjadi badan pengelolanya atau badan pengelola mana-mana cawangan pertubuhan itu.
'''Liabiliti pemegang jawatan pertubuhan yang pendaftarannya telah dibatalkan'''
{{anchor|49.1}}'''49.''' (1) Jika pendaftaran mana-mana pertubuhan, selain suatu pertubuhan yang merupakan suatu parti politik, telah dibatalkan di bawah [[#2A.1|seksyen {{sc|2a}}]], atau perenggan [[#13.1.b|13(1)''(b)'']] atau [[#13.1.c|subperenggan 13(1)''(c)''(i), (ii), (iii), (iv), (vi), (vii), (viii) atau (ix)]], atau di bawah [[#16.1|seksyen 16]], mana-mana pemegang jawatan bagi pertubuhan pada masa pembatalan itu yang selepas daripada masa itu menjadi atau, selepas habis tempoh tiga puluh hari dari pembatalan itu, terus menjadi pemegang jawatan bagi mana-mana pertubuhan lain tanpa kebenaran secara bertulis Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau kedua-duanya.
{{anchor|49.2}}(2) Kecuali jika pendaftaran sesuatu pertubuhan telah dibatalkan di bawah seksyen {{sc|2a}} atau perenggan 13(1)''(b)'', sekatan yang dikenakan ke atas seseorang pemegang jawatan di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti selepas habis tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh pembatalan itu.
'''Bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain bagi pertubuhan'''
{{anchor|50.1}}'''50.''' (1) Tiada pertubuhan boleh menggunakan sebagai untuknya sendiri apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain tanpa kelulusan oleh Pendaftar.
{{anchor|50.2}}(2) Pendaftar boleh mengenakan syarat-syarat yang membolehkan bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain itu dipamerkan.<noinclude></noinclude>
7quuh0wmnjhqauxmcdzgz39qlvfdj5v
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/61
250
8806
24125
2026-08-17T06:25:32Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24125
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|61}}</noinclude>
{{anchor|50.3}}(3) Mana-mana orang atau pertubuhan yang mempamerkan apa-apa bendera, simbol, lambang, lencana atau lambang kebesaran lain yang tidak mendapat kelulusan Pendaftar atau dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
'''Liabiliti pemegang jawatan berkenaan dengan kesalahan oleh pertubuhan'''
{{anchor|51.1}}'''51.''' (1) Jika apa-apa kesalahan—
:{{anchor|51.1.a}}''(a)'' yang boleh dihukum dengan denda atau pemenjaraan telah dilakukan sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengan kesalahan itu; dan
:{{anchor|51.1.b}}''(b)'' telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan atau atas nama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan,
tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu atau tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu pada masa kesalahan itu dilakukan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
{{anchor|51.2}}(2) Mana-mana pemegang jawatan atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
{{anchor|51.3}}(3) Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan sesuatu pertubuhan, apa-apa dokumen yang ditemui dalam milikan seseorang pemegang jawatan pertubuhan itu atau seseorang yang membantu dalam pengurusan pertubuhan itu atau dalam milikan seseorang anggota pertubuhan itu atau yang ditemui dalam mana-mana<noinclude></noinclude>
k4frmoyfihdsg3rgx6bojomtgxi48lh
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/62
250
8807
24126
2026-08-17T06:28:11Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24126
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|62|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>tempat yang dipajak, disewa, dipinjam, digunakan atau dikawal oleh pertubuhan itu adalah menjadi keterangan ''prima facie'' tentang kandungan dokumen itu bagi maksud membuktikan bahawa apa-apa jua telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan itu.
'''Pertubuhan yang menggunakan upacara kongsi gelap disifatkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang'''
{{anchor|52.1}}'''52.''' (1) Tiap-tiap pertubuhan, sama ada ia didaftarkan atau tidak, yang menggunakan upacara kongsi gelap hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
{{anchor|52.2}}(2) Bagi maksud subseksyen (1), upacara kongsi gelap erti nya apa-apa upacara yang biasanya digunakan oleh pertubuhan kongsi gelap, apa-apa upacara yang begitu menyerupai mana-mana upacara itu dan mana-mana bahagian daripada upacara itu.
{{anchor|52.3}}(3) Mana-mana orang yang menjadi atau bertindak sebagai anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau menghadiri mesyuarat pertubuhan itu atau didapati memiliki, atau ada dalam jagaan atau kawalannya, apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di Malaysia atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit.
'''Penalti kerana salah guna wang atau harta pertubuhan berdaftar'''
{{anchor|53.1}}'''53.''' (1) Jika, atas aduan yang dibuat oleh seseorang anggota suatu pertubuhan berdaftar atau oleh Pendaftar, ditunjukkan dengan memuaskan hati Mahkamah Sesyen bahawa mana-mana pemegang jawatan atau anggota pertubuhan itu ada dalam milikan atau kawalannya apa-apa harta pertubuhan itu selain mengikut kaedah-kaedah pertubuhan itu, atau telah menahan secara menyalahi undang-undang atau telah dengan sengaja menggunakan apa-apa wang pertubuhan itu bagi maksud selain yang dinyatakan atau diarahkan dalam kaedah-kaedah pertubuhan itu dan yang dibenarkan oleh Akta ini, Mahkamah itu hendaklah, jika difikirkannya perlu untuk keadilan hal itu, memerintahkan pemegang jawatan atau<noinclude></noinclude>
ers8ue91kelrire92old0jp384rg21v
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/63
250
8808
24127
2026-08-17T06:30:43Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24127
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|63}}</noinclude>anggota itu supaya menyerahkan segala harta itu kepada pemegang amanah pertubuhan itu serta membayar kepada mereka itu wang yang ditahan secara menyalahi undang-undang atau yang digunakan secara tidak sepatutnya itu.
{{anchor|53.2}}(2) Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) selain aduan yang dibuat oleh Pendaftar tidak boleh dilayani melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pengadu itu ialah, pada tarikh aduan itu, seorang anggota bagi pertubuhan berdaftar yang berkenaan dengan hartanya aduan itu dibuat.
{{anchor|53.3}}(3) Mana-mana orang yang terikat dengan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) yang tidak mematuhi terma perintah itu dan arahan yang diberikan dalam perintah itu dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
{{anchor|53.4}}(4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidaklah menjejaskan atau menghalang sesuatu pendakwaan, atau prosiding sivil, terhadap mana-mana pemegang jawatan atau anggota itu.
'''Penalti kerana mempamerkan atau menggunakan perakuan pendaftaran yang telah dibatalkan'''
{{anchor|53A.1}}'''{{sc|53a}}.''' Mana-mana orang yang mempamerkan atau menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran atau salinan perakuan pendaftaran sesuatu pertubuhan yang perakuan pendaftarannya telah dibatalkan dengan mengetahui bahawa perakuan pendaftaran itu telah dibatalkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
'''Hukuman bagi fraud, akuan palsu dan penggelapan'''
{{anchor|54.1}}'''54.''' Mana-mana orang yang dengan niat untuk mengelirukan atau memfraud, memberikan—
:{{anchor|54.1.a}}''(a)'' kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah-kaedah, undang-undang, peraturan-peraturan atau dokumen lain, selain kaedah-kaedah sesuatu pertubuhan berdaftar, dengan dalih bahawa<noinclude></noinclude>
bzcsn2387ep76um9oxou2zvv5ptl6t8
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/64
250
8809
24128
2026-08-17T06:32:17Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24128
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|64|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>::{{anchor|54.1.a.i}}''(i)'' kaedah-kaedah itu merupakan kaedah-kaedah pertubuhan yang sedia ada bagi pertubuhan itu;
::{{anchor|54.1.a.ii}}''(ii)'' tiada kaedah-kaedah lain bagi pertubuhan itu; atau
:{{anchor|54.1.b}}''(b)'' kepada mana-mana orang suatu salinan apa-apa kaedah-kaedah dengan dalih bahawa kaedah-kaedah itu ialah kaedah-kaedah suatu pertubuhan yang berdaftar sedangkan pertubuhan itu tidak berdaftar,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
'''Penalti kerana memberikan maklumat palsu'''
{{anchor|54A.1}}'''{{sc|54a}}.''' Mana-mana orang yang memberi Pendaftar, atau Penolong Pendaftar, apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang sama ada dia mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
'''Anggapan'''
{{anchor|55.1}}'''55.''' Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini—
:{{anchor|55.1.a}}''(a)'' jika dibuktikan bahawa sesuatu kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan wujud, hendaklah dianggap bahawa kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan itu ialah suatu pertubuhan mengikut pengertian Akta ini melainkan jika dibuktikan sebaliknya;
:{{anchor|55.1.b}}''(b)'' tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa suatu pertubuhan mempunyai nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan suatu nama yang tertentu; dan
:{{anchor|55.1.c}}''(c)'' jika suatu pertubuhan dikatakan sebagai suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, beban pembuktian yang ia ialah suatu pertubuhan berdaftar, atau yang ia bukan suatu pertubuhan tempatan, hendaklah terletak ke atas orang yang dipertuduh itu.<noinclude></noinclude>
lwbwazwgumt85st7hg4l1hrjseym84d
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/65
250
8810
24129
2026-08-17T06:33:48Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24129
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|65}}</noinclude>
'''Anggapan mengenai keanggotaan, dsb., pertubuhan'''
{{anchor|56.1}}'''56.''' (1) Jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, atau yang berupa berhubung dengan, mana-mana pertubuhan didapati ada dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu ialah anggota pertubuhan itu, dan pertubuhan itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah wujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran itu didapati sedemikian.
{{anchor|56.2}}(2) Jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai anggota, meterai, sepanduk atau lambang kebesaran bagi, atau yang berhubungan dengan, mana-mana pertubuhan didapati—
:{{anchor|56.2.a}}''(a)'' ada dalam milikan, jagaan atau di bawah kawalan mana-mana orang, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan itu; dan
:{{anchor|56.2.b}}''(b)'' tersembunyi dalam mana-mana premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa yang tersebut itu ada dalam milikan penghuni premis itu.
{{anchor|56.3}}(3) Apabila didapati oleh Mahkamah bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana tempat yang dimasuki atau digeledah di bawah mana-mana kuasa yang sah yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini sebaik sebelum atau pada masa kemasukan itu, digunakan oleh atau bagi maksud sesuatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, mana-mana orang yang dijumpai di tempat tersebut pada masa penggeledahan itu atau yang didapati meninggalkan tempat itu sebaik sebelum atau pada masa kemasukan itu, hendaklah, melainkan jika dia memberikan penjelasan yang memuaskan hati mengenai sebab bagi kehadirannya di tempat tersebut, dianggap sebagai seorang anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
'''Keterangan pakar'''
{{anchor|57.1}}'''57.''' (1) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, tidaklah boleh menjadi apa-apa bantahan terhadap kebolehterimaan keterangan pakar bahawa pakar itu bukan atau tidak pernah menjadi anggota bagi mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang.<noinclude></noinclude>
exz066ue13x6v97tewgtlao3rg6c87h
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/66
250
8811
24130
2026-08-17T06:49:47Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24130
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|66|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>
{{anchor|57.2}}(2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, Mahkamah boleh merujuk, bagi maksud keterangan, mana-mana buku yang berikut:
:[[:en:Thian Ti Hwui, the Hung-League or Heaven-Earth League|''Thian Ti Hwui, the Hung-League or Heaven-Earth League'']],<br>''by G. Schlegel'';
:[[:en:The Triad Society, or, Heaven and Earth Association|''The Triad Society'']],<br>''by W. Stanton'';
:[[:en:The Hung Society or the Society of Heaven and Earth|''The Hung Society or the Society of Heaven and Earth'']],<br>''by J. S. M. Ward and W. G. Stirling'';
:''Triad Societies in Hong Kong'',<br>''by W. P. Morgan'',
dan mana-mana buku atau artikel lain yang diterbitkan mengenai perkara pertubuhan pada amnya yang menyalahi undang-undang atau pertubuhan tertentu yang menyalahi undang-undang, yang difikirkan oleh Mahkamah sebagai autoriti mengenai perkara yang dengannya ia berhubung.
'''Perlindungan pemberi maklumat'''
{{anchor|58.1}}'''58.''' Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini—
:{{anchor|58.1.a}}''(a)'' tiada saksi boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama dan alamat mana-mana pemberi maklumat di bawah Akta ini atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui; dan
:{{anchor|58.1.b}}''(b)'' jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat itu diketahui, Mahkamah atau Majistret hendaklah menyebabkan supaya semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui tetapi tidak lebih daripada itu:<noinclude></noinclude>
puuwlga933rrfzyrazxz8hbm3ibyzcd
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/67
250
8812
24131
2026-08-17T06:52:51Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24131
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh| |''Pertubuhan''|67}}</noinclude>
Dengan syarat bahawa jika dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini Mahkamah berpuas hati selepas siasatan penuh dijalankan tentang kes itu, bahawa penguatkuasaan dengan sepenuhnya peruntukan seksyen ini mungkin menyebabkan salah laksana keadilan, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan maklumat yang asal dan boleh membenarkan sesuatu siasatan dan boleh menghendaki penzahiran sepenuhnya kepada Mahkamah berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
'''Pelucuthakan'''
{{anchor|59.1}}'''59.''' Apa-apa buku, akaun, tulisan, sepanduk, lambang kebesaran atau harta lain yang dipunyai oleh mana-mana pertubuhan yang menyalahi undang-undang hendaklah, atas perintah Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret, dilucuthakkan dan diberikan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar bagi pelupusan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.
'''Kesalahan yang tidak boleh dijamin dan yang kena didaftarkan yang tertentu'''
{{anchor|60.1}}'''60.''' Tiap-tiap kesalahan terhadap peruntukan [[#9A.1|seksyen {{sc|9a}}]] dan [[#13A.1|{{sc|13a}}]], [[#42.1|seksyen 42 hingga 49]] termasuk kedua-duanya dan [[#52.1|seksyen 52]] hendaklah disifatkan sebagai yang boleh ditangkap dan yang tidak boleh dijamin di bawah undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah dan hendaklah juga disifatkan sebagai yang kena didaftarkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran penjenayah.
'''Keizinan untuk pendakwaan'''
{{anchor|61.1}}'''61.''' (1) Kecuali dalam hal orang yang dipertuduh di bawah peruntukan seksyen {{sc|13a}}, [[#45.1|45]] dan [[#52.1|52]] dan orang yang ditangkap di bawah peruntukan [[#65.1|seksyen 65]] dan [[#66.5|subseksyen 66(5)]], pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya:
Dengan syarat bahawa seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan sedemikian boleh ditangkap, atau waran bagi menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh direman dalam jagaan atau dengan jaminan, walaupun<noinclude></noinclude>
22wtj7qcx46878m32k3hyz495j178sw
Laman:Akta Pertubuhan 1966 (Disemak 2021) (Akta 832).pdf/68
250
8813
24132
2026-08-17T06:55:56Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24132
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" />{{rh|68|''Undang-Undang Malaysia''|'''{{sc|Akta 832}}'''}}</noinclude>keizinan Pendakwa Raya untuk memulakan pendakwaan bagi kesalahan itu belum diperoleh, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga keizinan itu telah diperoleh.
{{anchor|61.2}}(2) Apabila seseorang dibawa ke hadapan Mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberikan keizinan kepada pendakwaan itu pertuduhan itu hendaklah diterangkan kepada orang itu tetapi dia tidak boleh diminta membuat akuan, dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah hendaklah diubahsuaikan dengan sewajarnya.
'''Penyampaian saman'''
{{anchor|62.1}}'''62.''' Tiap-tiap saman, notis atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sah dan sempurna, jika disampaikan atau ditinggalkan kepada orang yang dimaksudkan untuk disampaikan itu atau, dalam hal dia tidak dapat dijumpai, jika ditinggalkan di tempat urusan atau tempat tinggalnya yang akhir diketahui, oleh mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pendaftar atau, dalam hal penyampaian sesuatu notis atau perintah kepada pertubuhan, dengan menghantar notis atau perintah itu melalui pos berdaftar kepada alamat berdaftar pertubuhan itu.
'''Kuasa untuk masuk dan memeriksa rekod'''
{{anchor|63.1}}'''63.''' Pendaftar, seseorang Penolong Pendaftar atau seseorang Pegawai Pendaftaran boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana pertubuhan menjalankan aktiviti yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedahnya, dan selepas memberikan notis kepada mana-mana pemegang jawatan, masuk ke mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai disenggarakan atau digunakan oleh mana-mana pertubuhan berdaftar atau mana-mana anggotanya sebagai suatu tempat mesyuarat atau tempat urusan, dan boleh menggeledah tempat itu dan memeriksa semua buku, akaun, minit mesyuarat dan dokumen lain yang disimpan oleh pertubuhan itu.<noinclude></noinclude>
f25bkwgdcgpnmwta1vm9yhuj03hpstk
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/177
250
8814
24133
2026-08-17T07:02:17Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24133
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.14.5{{tab}}Suruhanjaya mendapati Panel Pelaburan, dalam membuat keputusan, bergantung kepada input daripada Pengurusan LTH. Panel Pelaburan tidak menyemak cadangan pelaburan dengan secukupnya sepertimana yang sepatutnya dilakukan. Kesannya, laporan yang dibuat tidak menghasilkan keuntungan sepertimana yang diharapkan.
:3.14.6{{tab}}Suruhanjaya mendapati Menteri, semasa membuat keputusan, bergantung sepenuhnya kepada memo yang disediakan oleh Lembaga dan Pengurusan LTH. Semua Menteri yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya mengakui mereka tidak mempunyai input pihak ketiga untuk menasihati mereka mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Lembaga. Semua dokumen menunjukkan kenyataan "dipersetujui seperti dicadangkan".
:Suruhanjaya juga mencadangkan supaya satu semakan forensik perlu dilaksanakan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan LTH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk. Pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik adalah seperti yang berikut:
:'''(1){{tab}}PT TH Indo Plantations'''
:Permasalahan di PT TH Indo Plantation (THIP) adalah mengenai tadbir urus dalam penjualan pegangan 95% ekuiti LTH dalam PT TH Indo Plantations melibatkan perolehan tanah di Riau, Sumatera, Indonesia, seluas 83,000 hektar kepada PT Borneo Pacific.
::(a){{tab}}Adalah dilaporkan bahawa permasalahan tersebut telah memberi kesan berikut kepada LTH:<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|139}}}}</noinclude>
oapj0nljlswx2yf9lr4gn7vb2mofjbm
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/178
250
8815
24134
2026-08-17T07:04:08Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24134
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:::(i){{tab}}berlaku pemindahan syer THIP kepada pembeli sebelum menerima bayaran penuh;
:::(ii){{tab}}pengurangan USD100 juta daripada harga asal USD910 juta; dan
:::(iii){{tab}}LTH tidak menerima pembayaran daripada pembeli menurut jadual asal dan terpaksa memberi pendahuluan USD178.6 juta yang sepatutnya perlu dilunaskan oleh pembeli.
::(b) Dalam soal ini LTH telah mengambil tindakan:
:::(i){{tab}}mengadakan siasatan dalaman, dan melantik peguam untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap perkara ini; dan
:::(ii){{tab}}membuat laporan polis yang masih dalam siasatan.
:'''(2){{tab}}Emrail Sdn. Bhd.'''
:LTH telah membeli 15.3% kepentingan ekuiti di dalam Emrail Sdn. Bhd. (Emrail) pada 7 Jun 2016 dengan jumlah bayaran sebanyak RM20.17 juta daripada Lingkaran Hartaniaga Sdn. Bhd. (LHSB).
:Pada 26 April 2017, LTH telah mengeluarkan notis untuk melaksanakan Hak Opsyen Jual (Put Option) (mengikut perjanjian jual beli saham bertarikh 20 Mei 2016) terhadap LHSB setelah cadangan penyenaraian awam Emrail di pasaran saham Bursa Malaysia dibatalkan dan Emrail gagal mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM36.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Menurut Hak "Put Option", LHSB perlu mengambil alih keseluruhan saham Emrail yang dipegang oleh LTH pada harga RM20.3 juta. Sehingga kini, LHSB hanya membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada LTH dan baki bayaran masih belum dilangsaikan.<noinclude>{{smaller|{{rh|140|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
4221g8ww162t49eppwp9241l9r9lp8k
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/179
250
8816
24135
2026-08-17T07:08:17Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24135
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:Ini telah menyebabkan LTH merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) bagi keseluruhan jumlah baki "Put Option" berjumlah RM19.3 juta pada 31 Disember 2020.
:Sebagai tindakan, LTH pada 8 September 2021, melalui Tetuan Zul Rafique & Partners telah menfailkan writ dan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Mahkamah memutuskan kes perlu melalui proses timbang tara.
:Pendaftaran kes ke Asian International Arbitration Center (AIAC) telahpun dibuat oleh peguam LTH (Zul Rafique & Partners) pada 22 April 2022. Sebelum ini, LTH telah mencadangkan satu nama untuk dilantik sebagai penimbang tara (arbitrator) kepada LHSB, tetapi LHSB telah menolak cadangan tersebut. Oleh itu, AIAC telah memberikan lima calon yang boleh dipilih dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk dilantik sebagai penimbang tara. Pada masa ini, LTH masih lagi menilai kelima-lima calon tersebut. Proses timbang tara dijangka akan bermula selepas pelantikan penimbang tara.
:'''(3){{tab}}Wellspring Worldwide Limited'''
:LTH telah membeli 10.0% kepentingan ekuiti di dalam Wellspring Worldwide Limited (dahulu dikenali sebagai Wellspring Worldwide Sdn. Bhd.) pada 21 September 2014 dengan jumlah bayaran sebanyak RM18.4 juta.
:Pada 19 September 2016, LTH telah mengeluarkan notis pelaksanaan Hak "Put Option" mengikut Perjanjian Langganan dan Pemegang Saham bertarikh 21 September 2014) terhadap Mohamed Ridzuan Nor Mohamed dan Andy Farouk Muhamad Nasim (Promoters). Notis dikeluarkan setelah syarikat pelaburan gagal disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia. Menurut Hak "Put Option", ''Promoters'' perlu<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|141}}}}</noinclude>
mud82teke8bz7le81seanddlr4bzs3p
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/180
250
8817
24136
2026-08-17T07:10:04Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24136
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>mengambil balik keseluruhan saham Wellspring Worldwide yang dipegang LTH pada harga RM19.03 juta. Sehingga kini, ''Promoters'' tersebut gagal membuat sebarang bayaran kepada LTH.
:Ini menyebabkan LTH merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) sebanyak RM19.03 juta pada 31 Disember 2019.
:Sebagai tindakan, LTH melalui Tetuan Zul Rafique & Partners telah menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 5 Oktober 2018, Mahkamah telah mengarahkan ''Promoters'' membayar sejumlah RM20.8 juta kepada LTH bagi menyelesaikan pelaksanaan Hak "Put Option". Namun, ''Promoters'' telah gagal membuat sebarang bayaran. Oleh itu, LTH telah menfailkan notis kebankrapan terhadap ''Promoters''. Pada 25 Januari 2022, Mahkamah telah membenarkan permohonan LTH.
:'''(4){{tab}}Deru Semangat Sdn. Bhd.'''
:Pada 21 Oktober 2014 dan 19 Januari 2015, Menteri Hal Ehwal Agama telah meluluskan untuk LTH melabur sebanyak RM526.16 juta untuk usahasama itu membangunkan ladang kelapa sawit di Mukim Tembeling Pahang. Usahasama melibatkan pengambilalihan 55% ekuiti kepentingan KDYMM Almarhum Sultan Pahang (kini ekuiti dipegang oleh YAM Tengku Muda Pahang (YAM TMP)) dalam Deru Semangat Sdn. Bhd. (DSSB) dengan harga RM231.00 juta. Selain daripada itu LTH juga bersetuju membiayai sebanyak RM295.16 juta untuk membangunkan ladang. Walau bagaimanapun sehingga Januari 2021, hanya sebanyak RM257 juta telah dikeluarkan oleh LTH untuk pengambilalihan ekuiti dan pembiayaan pembangunan ladang. Semua urusan ini dilaksanakan oleh THP Agro Management (THPAM) sebagai Ejen Urusan.<noinclude>{{smaller|{{rh|142|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
75jzj4kogauti2rpu5hddlw4r2ofw0r
24137
24136
2026-08-17T07:11:47Z
PeaceSeekers
18
24137
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>mengambil balik keseluruhan saham Wellspring Worldwide yang dipegang LTH pada harga RM19.03 juta. Sehingga kini, ''Promoters'' tersebut gagal membuat sebarang bayaran kepada LTH.
:Ini menyebabkan LTH merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) sebanyak RM19.03 juta pada 31 Disember 2019.
:Sebagai tindakan, LTH melalui Tetuan Zul Rafique & Partners telah menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 5 Oktober 2018, Mahkamah telah mengarahkan ''Promoters'' membayar sejumlah RM20.8 juta kepada LTH bagi menyelesaikan pelaksanaan Hak "Put Option". Namun, ''Promoters'' telah gagal membuat sebarang bayaran. Oleh itu, LTH telah menfailkan notis kebankrapan terhadap ''Promoters''. Pada 25 Januari 2022, Mahkamah telah membenarkan permohonan LTH.
:'''(4){{tab}}Deru Semangat Sdn. Bhd.'''
:Pada 21 Oktober 2014 dan 19 Januari 2015, Menteri Hal Ehwal Agama telah meluluskan untuk LTH melabur sebanyak RM526.16 juta untuk usahasama membangunkan ladang kelapa sawit di Mukim Tembeling Pahang. Usahasama itu melibatkan pengambilalihan 55% ekuiti kepentingan KDYMM Almarhum Sultan Pahang (kini ekuiti dipegang oleh YAM Tengku Muda Pahang (YAM TMP) dalam Deru Semangat Sdn. Bhd. (DSSB) dengan harga RM231.00 juta. Selain daripada itu LTH juga bersetuju membiayai sebanyak RM295.16 juta untuk membangunkan ladang. Walau bagaimanapun sehingga Januari 2021, hanya sebanyak RM257 juta telah dikeluarkan oleh LTH untuk pengambilalihan ekuiti dan pembiayaan pembangunan ladang. Semua urusan ini dilaksanakan oleh THP Agro Management (THPAM) sebagal Ejen Urusan.<noinclude>{{smaller|{{rh|142|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
5t5yp99sn5vl9n1gmnpth2fpmriler6
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/181
250
8818
24138
2026-08-17T07:13:06Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24138
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:Adalah dilaporkan bahawa usaha sama ini telah memberi kesan berikut kepada LTH:
::(a){{tab}}THP tidak dapat menjual hasil kelapa sawit kepada pembeli utama iaitu Wilmar International apabila pembangunan ladang telah melibatkan aktiviti pembalakan hutan simpan yang menyebabkan LTH dan THP melanggar polisi "No Deforestation, No Peat and No Exploitation" (NDPE); dan
::(b){{tab}}pelaburan ekuiti dan pembiayaan berjumlah RM257 juta yang dikeluarkan LTH telah dirosot nilai kepada RM32 juta. LTH juga masih perlu mengeluarkan RM258 juta baki komitmen pelaburan yang berisiko rugi.
:Oleh itu, LTH telah mengambil tindakan seperti berikut:
::(a){{tab}}LTH telah merungkaikan pegangan ekuiti dalam DSSB kepada YAM TMP dalam bentuk pemulangan saham dan pembiayaan sedia ada dengan pembayaran keseluruhan berjumlah RM259 juta; dan
::(b){{tab}}YAM TMP telah bersetuju untuk mengenepikan (waive) tanggungjawab LTH untuk mengeluarkan RM258 juta pelaburan lanjutan iaitu ekuiti RM71 juta dan pembiayaan RM187 juta.
:'''(5){{tab}}Trurich Resources Sdn. Bhd.'''
:Trurich Resources Sdn. Bhd. (Trurich) adalah syarikat usaha sama dengan Felda Global Ventures Kalimantan Sdn. Bhd. Tujuannya adalah untuk membangun, menubuhkan dan menguruskan sehingga 200,000 hektar tanah untuk perladangan kelapa sawit di Kalimantan Indonesia. Syarikat usaha sama ini telah<noinclude></noinclude>
352uyhq19a73rzi9mo0b2qss8o08av7
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/182
250
8819
24139
2026-08-17T07:16:43Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24139
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>ditubuhkan pada 30 November 2009. Usaha sama Trurich dan Felda Global tidak memberikan hasil menyebabkan Trurich menjadi insolven. Kedudukan kewangan Trurich menunjukkan liabiliti semasa bersih sebanyak RM119.67 juta pada 31 Disember 2017 dan RM92.78 juta pada 31 Disember 2018.
:Adalah dilaporkan bahawa ia memberi kesan berikut kepada LTH:
::(a){{tab}}pelaburan LTH dalam Trurich berjumlah RM364.31 juta telah dirosotnilai sepenuhnya; dan
::(b){{tab}}terdapat baki pinjaman Trurich kepada Maybank berjumlah USD179 juta yang masih tertunggak.
:LTH mengambil tindakan seperti berikut:
::(a){{tab}}anggota Lembaga Pengarah telah membuat laporan polis tentang ketidakaturan pemerolehan Trurich;
::(b){{tab}}pada 22 Disember 2020, Menteri Hal Ehwal Agama telah meluluskan pelupusan anak-anak syarikat Trurich. Urusan pelupusan dan rundingan dengan pembeli diserahkan kepada FGV dan Maybank; dan
::(c){{tab}}terkini FGV & Maybank dalam proses akhir untuk melupuskan anak-anak syarikat kepada PT Karya Teknik Agro (nomini PT Karya Teknik Utama).
:'''(6){{tab}}Abraj Sdn. Bhd.'''
:Abraj Sdn. Bhd. (Abraj) adalah pelaburan usaha sama antara LTH bersama Amanah Raya Berhad sejak 11 November 2009 dalam pembelian hartanah. Kedudukan kewangan mula terkesan sejak 2015 kerana syarikat usaha sama tidak mampu menjana pendapatan yang cukup untuk membayar pinjaman bank. Keadaan<noinclude>{{smaller|{{rh|144|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
fehukot42jtojlsdz9xph0bq92f96b0
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/183
250
8820
24140
2026-08-17T07:18:02Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24140
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>menjadi lebih buruk apabila salah satu penyewa utama telah berpindah ke tempat lain. Ia telah menyebabkan LTH menanggung kerugian rosot nilai pelaburannya dalam Abraj.
:Oleh itu, LTH telah mengambil tindakan untuk mencari penyewa baru, penjualan bangunan, penstrukturan semula pembiayaan dan menawarkan penjualan pegangan sahamnya kepada Amanah Raya Berhad. Akhirnya Amanah Raya Berhad bersetuju dengan tawaran LTH dan telah menyempurnakan pembelian 50% pegangan saham LTH dalam Abraj pada Disember 2020.
:Dalam transaksi ini, LTH telah mengalami kerugian rosot nilai pelaburannya dalam Abraj berjumlah RM40.25 juta daripada jumlah pegangan ekuiti keseluruhan Abraj iaitu RM85 juta.
:'''(7){{tab}}Putrajaya Perdana Berhad'''
:Pada Disember 2014, LTH telah membeli 30% pegangan ekuiti dalam Putrajaya Perdana Berhad (PPB) berjumlah RM193.50 juta daripada Cendana Destini Sdn. Bhd. (CDSB). Objektif utama pelaburan LTH dalam PPB adalah untuk merealisasikan nilai pelaburan dalam PPB melalui penyenaraian awam di Bursa Malaysia pada nilai syarikat yang lebih tinggi dalam tempoh satu tahun pelaburan.
:Namun PPB gagal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh satu tahun dari tarikh pelaburan dan gagal mencapai sasaran keuntungan sebanyak RM86 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
:Pada 7 Mac 2018 LTH telah mengeluarkan notis untuk melaksanakan Hak "Put Option" terhadap CDSB di mana<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|145}}}}</noinclude>
pchmvk40e5nc27k76qicrc6utr3nzu5
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/184
250
8821
24141
2026-08-17T07:20:10Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24141
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>CDSB perlu mengambil alih saham PPB yang dipegang oleh LTH pada harga RM210.7 juta.
:CDSB gagal untuk membuat bayaran dan memohon untuk berbincang bersama LTH mengenai penyelesaian.
:LTH telah mengambil tindakan seperti berikut:
::(a){{tab}}pada 12 November 2020, kelulusan telah diperolehi daripada ''Portfolio Review Commitee'' (PRC) LTH untuk memulakan tindakan undang-undang apabila CDSB masih gagal untuk memberi cadangan penyelesaian. Berikutan dengan itu, CDSB telah mengemukakan cadangan baharu untuk penyelesaian melalui surat bertarikh 15 Januari 2021; dan
::(b){{tab}}selepas beberapa sesi perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk mempertimbangkan Cadangan Pengaturan Penyelesaian (Proposed Settlement Arrangement) bagi melangsaikan "Put Option" seperti yang dicadangkan oleh PPB. Pada ketika ini, proses kelulusan dalaman terhadap Cadangan Pengaturan Penyelesaian tersebut sedang dijalankan.
:Pelaburan dalam PPB telah memberi impak kepada LTH apabila sehingga 31 Disember 2020, LTH telah merekodkan peruntukan rosot nilai (impairment loss) berjumlah RM145.3 juta. Nilai buku bersih pegangan LTH dalam PBB pada ketika ini adalah sebanyak RM48.2 juta.
:'''(8){{tab}}Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co.Ltd.'''
:Transaksi LTH dengan Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co.Ltd. (Al-Rawda)<noinclude>{{smaller|{{rh|146|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
hjzutsifan32diite6vnizw777jx3vk
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/185
250
8822
24142
2026-08-17T07:21:55Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24142
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>adalah mengenai pelaburan dan pajakan Hotel Al-Rawda di Mekah dan Madinah.
:Pada 3 April 2015, 21 Disember 2016 dan 4 September 2017, LTH telah memeterai perjanjian pajakan dan sub-pajakan jangka panjang untuk tempoh sepuluh sehingga lapan belas tahun sebagai penerima pajakan/subpajakan (lessee/sub-lessee) dengan syarikat Al-Rawda bagi empat buah hotel. Hotel tersebut ialah Hotel Al-Aqiq, Al-Haram dan Al-Saha di Madinah, serta Hotel Rawdat Al-Bait di Makkah. Tujuannya adalah untuk kegunaan penginapan jemaah haji dan umrah. Nilai perjanjiannya berjumlah Saudi Riyal (SR)1,426 juta yang telah dibayar kepada Al-Rawda.
:Dalam masa yang sama, LTH telah melantik Al-Rawda sebagai pengendali hotel (Management Operator) bagi ke empat-empat hotel tersebut melalui Perjanjian Pengurusan dan Operasi dengan pendapatan sewa pajakan berjumlah SR2,490 juta. Lanjutan daripada perjanjian tersebut, Al-Rawda telah mengeluarkan Nota Janji (Promissory Note atau PN) yang dijamin secara peribadi oleh Dr. Mashhoor Ali Omar Almadoodi (Dr Mashhoor) untuk membayar jumlah yang dijanjikan apabila dituntut oleh LTH. Dr. Mashhoor merupakan pemilik syarikat Al-Rawda.
:Sejak Mac 2019 Al-Rawda telah gagal dalam membuat pembayaran pendapatan sewa di bawah perjanjian bagi empat hotel tersebut, yang menyebabkan LTH melalui peguamnya di Arab Saudi memfailkan tindakan ke atas PN Al-Rawda di Mahkamah Penguatkuasaan untuk menuntut jumlah yang perlu dibayar kepada LTH. Setakat 31 Disember 2021 jumlah sewa tertunggak adalah sebanyak SR560.7 juta. LTH telah memfailkan sembilan tindakan PN terhadap Al-Rawda sebagai penerbit PN melibatkan jumlah sebanyak SR344.0 juta<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|147}}}}</noinclude>
pofme16eyoft3bp57iz4r7vqh36cjn5
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/186
250
8823
24143
2026-08-17T07:24:12Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24143
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>dan tujuh tindakan terhadap Dr. Mashhoor sebagai penjamin PN yang sama melibatkan jumlah sebanyak SR255.1 juta. Perintah penguatkuasaan (enforcement order) terhadap kedua-duanya telahpun diperolehi daripada Mahkamah Penguatkuasaan Arab Saudi.
:Berikutan perintah tersebut sekatan dan larangan telah dikenakan oleh Mahkamah Penguatkuasaan terhadap Al-Rawda daripada menjalankan perniagaannya, serta aset-aset milik Dr. Mashhoor di Arab Saudi telah dibekukan dan sekatan perjalanan (travel ban) ke luar negara telah dikenakan terhadap beliau.
:Hasil penguatkuasaan PN ke atas Al-Rawda dan Dr. Mashhoor, pihak Al-Rawda telah mengadakan perbincangan bersama pengurusan LTH untuk mencari penyelesaian penstrukturan bagi bayaran sewa yang tertunggak.
:Pada bulan April 2021, kedua-dua pihak bersetuju untuk memasuki perjanjian penyelesaian berkaitan bayaran baki sewa dengan terma dan jadual bayaran baru sebanyak SR1,748 juta.
:Namun pada 30 Jun 2021, LTH telah menerima surat daripada Al-Rawda bertarikh 29 Jun 2021 dengan subjek "Tawaran Penyelesaian Al-Rawda" yang mengandungi pelbagai pilihan penyelesaian bagi LTH dengan jumlah penyelesaian yang lebih rendah sebanyak SR968.0 juta. LTH telah menolak cadangan tersebut melalui surat bertarikh 14 Julai 2021.
:Semasa rundingan untuk penyelesaian, Al-Rawda telah mengemukakan notis timbangtara (Arbitration Notice) kepada LTH dengan alasan bahawa Perjanjian Pengurusan dan Operasi yang dimeterai antara kedua-dua pihak adalah bertentangan dengan syariah. LTH<noinclude>{{smaller|{{rh|148|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
dhqk64nlii2rnmpfv0gn5p8dd67codx
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/187
250
8824
24144
2026-08-17T07:25:24Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24144
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>:telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan proses timbang tara sedang berlangsung pada ketika ini. Pada masa yang sama, proses likuidasi aset telah dimulakan di Mahkamah Penguatkuasaan Arab Saudi yang mana LTH telah mengenal pasti dua puluh hartanah di Jeddah, Madinah dan Mekah yang dimiliki oleh Dr. Mashhoor. Adalah difahamkan bahawa proses likuidasi akan mengambil masa sehingga dua tahun.
:Setakat ini, LTH masih mencari penyelesaian terbaik bagi menuntut bayaran sewa tertunggak daripada Al-Rawda dan ini dilakukan melalui pelbagai usaha aktif yang dijalankan secara serentak seperti berikut:
::(a){{tab}}rundingan semula dengan Al-Rawda berdasarkan cadangan pelan penyelesaian pada April 2021 berjumlah SR1,748 juta;
::(b){{tab}}penguatkuasaan PN terhadap Al-Rawda dan Dr. Mashhoor melalui proses likuidasi terhadap aset Dr. Mashhoor yang terletak di Arab Saudi dan juga aset di luar Arab Saudi; dan
::(c){{tab}}meneruskan proses timbang tara (arbitration) yang sedang berlangsung.
:Transaksi pelaburan LTH dengan Al-Rawda memberi impak kepada LTH dan dijangka kerugian kredit (Estimated Credit Loss) berjumlah RM202.8 juta seperti dinyatakan dalam penyata kewangan 31 Disember 2020.<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|149}}}}</noinclude>
8ya663xw6qcn2ihtoqegegsm8uixgbo
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/188
250
8825
24145
2026-08-17T07:26:34Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24145
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:'''(9){{tab}}Alfareeda Residential Fund'''
:Pelaburan LTH dalam Alfareeda Residential Fund (Al-Fareeda) pada 21 Februari 2013 adalah melalui pengurus dana dalam sektor perumahan Arab Saudi di mana LTH telah melanggan sehingga SR76 juta. Nilai SR76 juta ini adalah bersamaan dengan RM63 juta iaitu 13.8% dari jumlah dana keseluruhan sebanyak SR550 juta yang dilaburkan dalam Al-Fareeda. Pelaburan dilakukan melalui pengurus dana Anfaal Capital.
:Pelaburan ini telah mengalami masalah kerana undang-undang baharu berkenaan dengan isu-isu buruh dan imigresen di Arab Saudi. Keadaan menjadi kritikal kerana kontraktor yang bermasalah, kenaikan harga barang pembinaan dan kejatuhan harga minyak mentah. Dana ini akhirnya telah dicairkan dan kesemua aset kini berada di bawah Alinma Bank.
:Oleh kerana tidak ada sebarang perkembangan sejak tahun 2017 dan pengurus dana juga tidak dapat dikesan, pelaburan ini telah dihapus kira secara keseluruhan. LTH dengan itu mengalami kerugian sebanyak SR76 juta melalui pelaburannya dengan Al-Fareeda.
:'''(10){{tab}}TH Plantations Berhad'''
:TH Plantations Berhad (THP) adalah syarikat tersenarai milik LTH. PwC telah mengenal pasti beberapa isu berdasarkan Laporan Forensik yang dikeluarkan pada 25 April 2019, di mana pengurusan kanan THP dan Lembaga telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiari untuk melaksanakan penjagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah untuk THP. PwC juga telah mengenal pasti perkara lain yang didapati adalah tidak wajar dalam konteks tadbir urus THP. Kegagalan ini telah dikenal pasti terutamanya berkaitan dengan<noinclude>{{smaller|{{rh|150|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
9biidpxg4mob1ru5810k3ime71rllyi
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/189
250
8826
24146
2026-08-17T07:27:51Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24146
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>pengambilalihan Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd., Maju Warisanmas Sdn. Bhd. dan PT Persada Kencana Prima.
:THP telah membiayai pembelian ladang-ladang baharu antara 2012-2014 dengan pembiayaan, terutamanya dengan Sukuk RM1.2 bilion yang dikeluarkan oleh LTH. Adalah didapati hanya 58% daripada ladang THP yang produktif. THP kemudian terpaksa menjual estet untuk membayar hutang. THP juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan perladangan yang menyebabkan pengurangan hasil sawit dan berlaku rosot nilai di peringkat LTH sebanyak RM170 juta.
:LTH telah melantik PwC untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap perkara ini. Laporan kepada PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah dibuat oleh Lembaga Pengarah THP. Siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan PDRM masih berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif THP pada ketika itu telah diletakkan dalam cuti (garden leave), dan beliau kemudiannya meletakkan jawatan pada 20 Ogos 2018.
:'''(11){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd.'''
:TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) adalah syarikat tersenarai milik LTH. Satu isu yang timbul dalam TH Properties adalah pembayaran bonus istimewa kepada Ahli Lembaga syarikat bagi tahun 2017 dan 2018. Pembayaran ini telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat EXCO TH Properties dan mesyuarat Ahli Lembaga THP Australia Capital Sdn. Bhd. Kelulusan Exco tidak mematuhi resolusi Lembaga TH Properties di mana Exco tidak diberi mandat dan kuasa untuk membuat keputusan berhubung transaksi tersebut. Rujukan Laporan Audit Dalam TH Properties "''Payment of Special Appreciation Bonus to Certain''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|151}}}}</noinclude>
katk6jmst6qtqw5zfj7jd213jtd02f6
24147
24146
2026-08-17T07:29:02Z
PeaceSeekers
18
24147
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>pengambilalihan Bumi Suria Ventures Sdn. Bhd., Maju Warisanmas Sdn. Bhd. dan PT Persada Kencana Prima.
:THP telah membiaya pembelian ladang-ladang baharu antara 2012-2014 dengan pembiayaan, terutamanya dengan Sukuk RM1.2 bilion yang dikeluarkan oleh LTH. Adalah didapati hanya 58% daripada ladang THP yang produktif. THP kemudian terpaksa menjual estet untuk membayar hutang. THP juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan perladangan yang menyebabkan pengurangan hasil sawit dan berlaku rosot nilai di peringkat LTH sebanyak RM170 juta.
:LTH telah melantik PwC untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap perkara ini. Laporan kepada PDRM, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah dibuat oleh Lembaga Pengarah THP. Siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan PDRM masih berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif THP pada ketika itu telah diletakkan dalam cuti (garden leave), dan beliau kemudiannya meletakkan jawatan pada 20 Ogos 2018.
:'''(11){{tab}}TH Properties Sdn. Bhd.'''
:TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) adalah syarikat tersenarai milik LTH. Satu isu yang timbul dalam TH Properties adalah pembayaran bonus istimewa kepada Ahli Lembaga syarikat bagi tahun 2017 dan 2018. Pembayaran ini telah dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat EXCO TH Properties dan mesyuarat Ahli Lembaga THP Australia Capital Sdn. Bhd. Kelulusan Exco tidak mematuhi resolusi Lembaga TH Properties di mana Exco tidak diberi mandat dan kuasa untuk membuat keputusan berhubung transaksi tersebut. Rujukan Laporan Audit Dalam TH Properties "''Payment of Special Appreciation Bonus to Certain''<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|151}}}}</noinclude>
i62d9w1mbuz4odt6kru3nm8xn067mkl
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/190
250
8827
24148
2026-08-17T07:30:01Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24148
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>''Directors Seven Staff Members''" bertarikh 5 Februari 2020.
:Bonus istimewa berjumlah RM2.2 juta telah dibayar pada 2017 & 2018 kepada pihak Pengurusan dan Ahli Lembaga TH Properties tanpa kelulusan LTH sebagai pemegang utama ekuiti syarikat.
:Pada 5 Februari 2020, TH Properties mengadakan siasatan dalaman, dan melantik Tetuan Tajuddin & Co. untuk melaksanakan siasatan. Seterusnya pada 12 Ogos 2020, Ahli Lembaga Pengarah TH Properties telah membuat keputusan untuk mendapatkan kembali bonus yang diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah bagi tahun 2017-2018.
:Isu mengenai pembayaran bonus kepada mereka yang berkenaan pada tahun 2017 dan 2018 telah disentuh secara terperinci dalam laporan ini di bawah tajuk Bonus.
:'''(12){{tab}}Alam Maritim Resources/ TH Marine'''
:Pelaburan LTH sebanyak 51% ekuiti dalam Syarikat Usahama dengan Alam Maritim Resources Berhad telah diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama pada 18 Jun 2015. Syarikat ini menjalankan perniagaan perkhidmatan kapal sokongan di luar persisiran pantai melalui pemilikan enam "Anchor Handling Tug Supply Vessels" (AHTS) dengan nilai pelaburan USD20.27 juta. Selain itu, LTH juga mempunyai dua buah kapal AHTS milik penuh melalui anak syarikatnya.
:Secara keseluruhannya, LTH telah melabur sebanyak RM334 juta dalam Kumpulan TH Marine (Ekuiti RM198 juta dan pembiayaan RM136 juta) melibatkan enam<noinclude>{{smaller|{{rh|152|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
6te4yfr2nnkatuc87blfpvlx740ekas
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/191
250
8828
24149
2026-08-17T07:32:14Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24149
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>ATHS secara usaha sama dan dua AHTS milik penuh LTH.
:Keseluruhan jumlah pelaburan ekuiti RM198 juta telah dirosot nilai, manakala RM80 juta daripada RM136 juta jumlah pembiayaan telah dirosot nilai sehingga Disember 2021.
:LTH melalui anak syarikat telah melantik PwC bagi kebolehpulihan (recoverability) pelaburan LTH dalam Kumpulan TH Marine, dan dapatan PwC melaporkan hanya RM70.4 juta yang dijangka diperolehi semula.
:'''(13){{tab}}TH Hotel & Residences Sdn. Bhd.'''
:TH Hotel & Residences Sdn. Bhd. (THHR) dahulunya dikenal sebagai Labuan Beaufort Interconnection (LBI telah diperbadankan pada tahun 1984). Pada Mei 2007, LTH memperoleh keseluruhan pegangan ekuiti dalam LBI yang tidak dimiliki oleh LTH daripada pemegang saham lain. Hasilnya, LTH menjadi pemegang saham tunggal LBI.
:Berdasarkan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH pada 2018, LTH telah menandatangani Perjanjian Pemindahan Aset (ATA) dengan UJSB pada 28 Disember 2018 untuk memindahkan hotel dan kompleks haji di Alor Setar, Kuching, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu.
:Hartanah yang dipindahkan kepada UJSB adalah antara aset-aset LTH yang dikenal pasti memberi nilai pulangan yang rendah (kurang daripada 2%). Nilai pemindahan hartanah ini adalah sebanyak RM804.1 juta dan ia berdasarkan premium sebanyak lebih kurang 55% daripada nilai buku LTH pada ketika itu.<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|153}}}}</noinclude>
7recqe5v9jd8knncay04ixjgs805r94
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/192
250
8829
24150
2026-08-17T07:34:01Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24150
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:Pemindahan di atas tidak melibatkan Hotel Movenpick, Sepang dan Kompleks Haji di Kelana Jaya. Pada masa itu, LTH sedang melaksanakan Pelan pembangunan semula tapak LTH Kelana Jaya (THKJ) termasuk pengubahsuaian yang berjumlah RM1.5 juta. Walau bagaimanapun, pada tahun kewangan 2020, hasil sewaan yang direkodkan ialah RM6.2 juta, 62% merosot daripada RM16.5 juta pada 2019. Ini melibatkan kerugian bersih selepas cukai sebanyak RM5.9 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
:'''(14){{tab}}FGV Berhad'''
:Pada 9 Mei 2012 LTH telah mendapat kelulusan untuk melanggan sehingga 276 juta unit saham FGV Berhad (FGV) pada harga "Initial Public Offerings" (IPO) RM4.65/unit (7.5% pegangan saham). Pada 26 Jun 2012 LTH telah melanggan lagi unit saham FGV sebanyak 273,579,700 unit saham pada harga RM4.55/unit. Jumlah pelaburan LTH termasuk kos transaksi dalam IPO ini adalah berjumlah RM1,253,742,809 atas harga kos RM4.58/unit.
:Selepas IPO, LTH mempunyai 7.5% saham dalam FGV. Pada tarikh yang sama LTH telah menerima sebanyak 1,629,000 unit saham FGV dari penamatan kontrak pengurus dana luar (MIDF-AAM) pada nilai kos RM4.60/unit. Pada 28 Jun hingga 19 Julai 2012 LTH menjual sebanyak 14,709,400 unit saham FGV di pasaran terbuka pada purata harga saham RM5.38/unit. Keuntungan yang diraih dari penjualan ini adalah sebanyak RM11,739,835. LTH menambah semula pelaburan dalam FGV pada 23 Julai hingga 3 Oktober 2012 dengan pembelian sebanyak 232,010,800 unit saham pada purata harga kos RM5.01/unit. Jumlah pelaburan tambahan adalah sebanyak RM116,202,310.<noinclude>{{smaller|{{rh|154|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
f8hokba9vhdeaf4f8aibap5pwy0ks5a
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/193
250
8830
24151
2026-08-17T07:43:17Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24151
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:Harga pasaran saham FGV kemudiannya jatuh kepada RM0.885/unit. Kerugian tidak nyata LTH dalam FGV Berhad adalah berjumlah RM1,058,937,380. Persoalannya, mengapa LTH terus memegang saham tersebut dan tidak menjualnya sehingga harganya telah turun dengan rendahnya. Ini menyebabkan LTH menanggung kerugian yang amat besar.
:LTH bernasib baik apabila saham FGV sebanyak 283,710,100 unit telah diambil alih oleh UJSB pada nilai kos RM4.62/unit. Jumlah nilai kos dalam saham FGV berhad ialah sebanyak RM1,310,020,819 dan harga pasaran FGV adalah sekitar RM0.69/unit (Februari 2022).
:Jika saham FGV ini tidak diambil alih oleh UJSB atas harga kos, LTH sepatutnya menanggung kerugian lebih kurang sebanyak RM1.1 bilion.
'''Pandangan Suruhanjaya'''
:3.14.7{{tab}}Suruhanjaya berpandangan bahawa setiap anggota Lembaga dan Lembaga Pengarah anak-anak syarikatnya, pengurusan serta kakitangan yang terlibat patut dipertanggungjawabkan atas kerugian yang dialami oleh LTH dan anak-anak syarikat yang berkaitan.
'''3.15{{tab}}Laporan-Laporan Lembaga Tabung Haji kepada Agensi-Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang'''
'''Laporan Polis'''
:3.15.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati pengurusan LTH pada pertengahan tahun 2018, telah memulakan proses siasatan dalaman dan berikutan dengan itu telah membuat empat laporan polis seperti berikut:<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|155}}}}</noinclude>
t3ka7myncne9b3kkxfe0dx3fbij45mh
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/194
250
8831
24152
2026-08-17T07:45:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24152
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::(a) dua laporan polis pada 30 November 2018;
::(b) satu laporan polis pada 13 Disember 2018; dan
::(c) satu laporan polis pada 16 Januari 2019.
:3.15.2{{tab}}Dua laporan polis pada 30 November 2018 dibuat oleh Idrus bin Ismail, mantan Setiausaha Syarikat LTH (Pengadu). Melalui repot Dang Wangi/31347/2018, pengadu telah melaporkan mengenai penganjuran aktiviti dan penggunaan wang oleh Yayasan Tabung Haji yang didakwa menyalahi <nowiki>'</nowiki>''Memorandum and Articles of Association''<nowiki>'</nowiki> Yayasan tersebut. Suruhanjaya difahamkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat ini telahpun melaksanakan siasatan dan telah merujuk kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan arahan Pendakwa Raya.
:3.15.3{{Tab}}Laporan kedua yang dibuat pada 30 November 2018 adalah berkaitan dengan repot Dang Wangi/31331/2018. Repot tersebut adalah berhubung dengan tindakan LTH menjual pegangan ekuitinya dalam THIP kepada PT Borneo Pacific. Laporan ini dibuat kerana pengadu mengesyaki berlaku salah nyataan (misrepresentation) dan penyembunyian maklumat berkaitan penjualan pemegangan 95% saham yang dipegang oleh LTH dalam THIP pada tahun 2012 kepada PT Borneo Pacific yang dianggarkan berjumlah USD910 juta. Saham-saham tersebut pada asalnya dipegang oleh dua anak syarikat LTH iaitu TH Indopalms Sdn. Bhd. dan TH Indo Industries Sdn. Bhd.
:3.15.4{{tab}}Mengenai laporan polis ini, Suruhanjaya difahamkan bahawa proses siasatan oleh PDRM sedang berterusan. Berdasarkan status terkini PDRM masih dalam proses soal siasat dan merekodkan kenyataan saksi-saksi tertentu serta mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada di Indonesia. Suruhanjaya pada masa yang sama mengambil maklum akan kekangan<noinclude>{{smaller|{{rh|156|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
nsjehgg3h8y8k5eaxes4h2qxqdhbzcg
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/195
250
8832
24153
2026-08-17T07:47:33Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24153
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>proses siasatan yang mengambil masa yang agak lama memandangkan ianya melibatkan proses siasatan rentas sempadan yang memerlukan PDRM menghormati proses dalaman dan kedaulatan Indonesia bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membolehkan siasatan dilakukan di sana.
:3.15.5{{tab}}Laporan polis ketiga dibuat pada 13 Disember 2018, iaitu repot Dang Wangi/32724/2018. Pengadu ialah Aliatun binti Mahmud, mantan Setiausaha Trurich. Laporan polis tersebut adalah berkaitan tindakan Trurich memasuki perjanjian pembelian saham dengan tiga syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah hutan di Kalimantan Utara dan dua syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah bertanam kelapa sawit di Kalimantan Tengah.
:3.15.6{{tab}}Laporan polis tersebut adalah terhadap beberapa individu atas dakwaan wujudnya manipulasi laporan kesesuaian tanah bagi menjustifikasi potensi tanah seluas 40,880 hektar yang merangkumi ladang-ladang di Kalimantan Utara dan Kalimantan Tengah, Indonesia. Dakwaan yang dibuat adalah tindakan memanipulasi laporan kesesuaian tanah tersebut telah mengelirukan Trurich sehingga membuatkan Trurich memutuskan untuk memperoleh ladang kelapa sawit berkaitan yang bernilai sekitar USD58 juta dalam tempoh antara 2008 hingga 2009.
:3.15.7{{tab}}Suruhanjaya difahamkan bahawa proses siasatan oleh PDRM berhubung laporan ini masih berterusan dan PDRM sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Indonesia bagi PDRM menjalankan proses soal siasat dan merekodkan kenyataan saksi-saksi tertentu dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan yang berada di Indonesia bagi melengkapkan siasatan. Suruhanjaya sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini mengambil maklum akan kekangan proses siasatan yang mengambil masa yang agak lama memandangkan ianya<noinclude>{{smaller|{{rh|157|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
sguk58txx6pgune40naoarvlomexk2g
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/196
250
8833
24154
2026-08-17T07:49:14Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24154
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>melibatkan proses siasatan rentas sempadan yang memerlukan PDRM menghormati proses dalaman dan kedaulatan Indonesia bagi mendapatkan persetujuan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membolehkan siasatan dilakukan di sana.
:3.15.8{{Tab}}Satu lagi laporan polis dibuat pada 16 Januari 2019 iaitu Repot Dang Wangi/1484/2019 yang dibuat oleh Pengadu Idrus bin Ismail (mantan Setiausaha Syarikat LTH). Repot ini adalah berhubung isu pemberian atau pengisytiharan untung boleh agih (hibah) LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017 yang bercanggah dan melanggar peruntukan [[Akta Tabung Haji 1995#22.1|seksyen 22]] Akta 535. Laporan polis ini dibuat berbangkit daripada dakwaan wujudnya salah nyataan (misrepresentation) oleh pihak pengurusan LTH ketika itu yang dibuat dalam dua kertas kerja yang dibentangkan kepada dua Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah LTH pada 6 dan 9 Februari 2018. Adalah difahamkan bahawa salah nyataan (misrepresentation) ini dibuat bagi membolehkan LTH memberi dan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) yang tinggi kepada para pendeposit LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017.
:3.15.9{{tab}}Isu kesahan dan kemampuan LTH untuk memberi dan mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) kepada para pendeposit LTH bagi tahun kewangan berakhir 2017 telah disentuh secara khusus dan panjang lebar oleh Suruhanjaya dalam laporan ini. Perbincangan dan dapatan Suruhanjaya berkaitan isu agihan keuntungan (hibah) ini, menjurus kepada isu-isu spesifik berkaitan kepatuhan prinsip-prinsip perakaunan, amalan baik tadbir urus dan kesannya kepada kedudukan kewangan sebenar LTH.
:3.15.10{{tab}}Suruhanjaya difahamkan bahawa pihak PDRM di peringkat ini telahpun melengkapkan siasatan dan telah mengambil tindakan merujuk kertas siasatan berkenaan<noinclude>{{smaller|{{rh|158|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
310b8za3t1tounlcblyirp5ltdrq7dw
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/197
250
8834
24155
2026-08-17T07:51:50Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24155
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan dan arahan Pendakwa Raya.
'''Pandangan Suruhanjaya'''
:3.15.11{{Tab}}Suruhanjaya berpandangan pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan.
'''Tindakan Tatatertib'''
:3.15.12{{Tab}}Berdasarkan rekod pengurusan LTH, Suruhanjaya mendapati terdapat beberapa tindakan tatatertib yang telah diambil oleh LTH terhadap para pegawai peringkat pengurusannya selepas berlakunya perubahan terhadap barisan pengurusan LTH pasca Julai 2018. Tindakan-tindakan tatatertib yang diambil oleh LTH ini melibatkan lima orang pegawai peringkat pengurusan LTH seperti berikut:
::* Datuk Rozaida binti Omar (Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan — Gred K);
::* Dato' Adi Azuan Abdul Ghani (Ketua Pegawai Operasi Gred K);
::* Rifina binti Md Ariff (Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah — Gred K);
::* Mohd Hisham bin Harun (Ketua Pegawai Sumber Manusia — Gred K); dan
::* Hazlina binti Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang — Gred J).
:3.15.13{{tab}}Tindakan-tindakan tatatertib yang diambil oleh LTH terhadap para pegawai pengurusannya yang tersenarai di atas adalah berbangkit daripada empat kluster berikut:
::(a) isu penjualan saham dalam PT TH Indo Plantations (isu Kluster Pertama);<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|159}}}}</noinclude>
3akvevxs8p4mld94a7qh002m88no6nd
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/198
250
8835
24156
2026-08-17T07:54:29Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24156
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>::(b){{tab}}isu pelanggaran [[Akta Syarikat 1965#24.3.5|seksyen 24(3)(5)]] di bawah Akta Syarikat 1965 [''Akta 125''] kerana tiada permohonan awal kelulusan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dibuat sebelum sumbangan RM22.12 juta dibuat (Yayasan Tabung Haji) (isu Kluster Kedua);
::(c){{tab}}isu perisytiharan untung boleh agih (hibah) bagi tahun kewangan berakhir 2017 (isu Kluster Ketiga); dan
::(d){{tab}}isu pengemukaan tuntutan kepada Pengurus Unit Bayaran, Bahagian Perkhidmatan LTH yang mengandungi butiran palsu (isu Kluster Keempat).
:3.15.14{{tab}}Bagi isu Kluster Pertama, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar, Rifina binti Md Ariff, Mohd Hisham bin Harun dan Hazlina binti Mohd Khalid pada 29 Mei 2020. Keempat-empat individu ini telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasi mereka yang dihantar dalam tempoh yang ditetapkan pada tarikh-tarikh yang berbeza. Pada 21 April 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan membuang kerja terhadap kesemua pegawai ini. Namun demikian pada 6 September 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap kesemua pegawai ini kepada hukuman turun pangkat.
:3.15.15{{tab}}Bagi isu Kluster Kedua, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar, Dato' Adi Azuan Abdul Ghani dan Mohd Hisham bin Harun masing-masing pada 15 Mac 2019 dan 19 Mac 2019. Ketiga-tiga individu ini telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasi mereka yang dihantar dalam tempoh yang ditetapkan pada tarikh-tarikh yang berbeza. Pada 31 Mei 2019 dan 1 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib<noinclude>{{smaller|{{rh|160|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
h8m4kqzakvvb9kjc33dn6um2bgdpnik
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/199
250
8836
24157
2026-08-17T07:56:33Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24157
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>telah memutuskan untuk mengambil tindakan turun pangkat terhadap kesemua pegawai ini. Namun demikian pada 18 Julai 2019 dan 28 Januari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap kesemua pegawai ini kepada pengenaan amaran keras sahaja (Datuk Rozaida binti Omar dan Dato' Adi Azuan Abdul Ghani) dan pengenaan hukuman amaran dan tangguh kenaikan gaji (Mohd Hisham bin Harun).
:3.15.16{{tab}}Bagi isu Kluster Ketiga, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Datuk Rozaida binti Omar pada 3 Januari 2020. Datuk Rozaida binti Omar telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasinya yang dihantar pada 17 Januari 2020. Pada 16 April 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan buang kerja terhadap Datuk Rozaida binti Omar. Namun demikian pada 6 September 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap beliau dengan mengenakan hukuman turun pangkat.
:3.15.17{{tab}}Bagi isu Kluster Keempat, Suruhanjaya mendapati kertas pertuduhan telah dikeluarkan oleh LTH kepada Hazlina binti Mohd Khalid pada 11 Januari 2019. Hazlina binti Mohd Khalid telah menjawab tuduhan berkaitan melalui surat representasinya yang dihantar pada 21 Januari 2019. Pada 1 November 2019, Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib telah memutuskan untuk mengambil tindakan turun pangkat terhadap Hazlina binti Mohd Khalid. Pada 28 Januari 2020, Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib telah bersidang dan memutuskan untuk mengekalkan hukuman turun pangkat terhadap beliau.
:3.15.18{{tab}}Pada masa ini, kesemua pegawai pengurusan yang pernah diambil tindakan tatatertib oleh pihak LTH ini<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|161}}}}</noinclude>
nwz8w83bvn5xljnbelsilvygf882r9v
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/200
250
8837
24158
2026-08-17T07:58:32Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24158
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>masih lagi kekal bertugas dengan pihak LTH. Jawatan dan status pekerjaan terkini mereka adalah seperti berikut:
::* Datuk Rozaida binti Omar kini bertugas sebagai Pengurus Besar Strategik Modal Insan (Gred J) di Jabatan Modal Insan, LTH;
::* Dato' Adi Azuan Abdul Ghani kini bertugas sebagai Pengurus Besar Kanan Kafe & Pembangunan Perniagaan (Gred K) di TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (anak syarikat LTH);
::* Rifina binti Md Ariff kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Risiko dan Pematuhan (Gred J) di TH Plantation Berhad (anak syarikat LTH);
::* Mohd Hisham bin Harun kini bertugas sebagai Head, Business and Corporate Affairs (Gred J) di TH Properties Sdn. Bhd. (anak syarikat LTH); dan
::* Hazlina binti Mohd Khalid kini bertugas sebagai Timbalan Pengurus Besar (Gred H2) di TH Plantations Berhad (anak syarikat LTH).
:3.15.19{{tab}}Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya mendapati proses tindakan tatertib yang diambil oleh pihak LTH telah mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya:
::(a){{tab}}tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Kedua mengambil masa sehingga 19 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan oleh Dato' Adi Azuan Abdul Ghani sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai tersebut;<noinclude>{{smaller|{{rh|162|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
ea6onukmce9wg51nil7f89cxh5ax7wh
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/201
250
8838
24159
2026-08-17T08:01:05Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24159
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>::(b){{tab}}tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Ketiga mengambil masa sehingga 15 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai berkaitan; dan
::(c){{tab}}tindakan tatatertib melibatkan isu Kluster Keempat mengambil masa sehingga 10 bulan lamanya daripada tarikh surat representasi dikemukakan sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bersidang untuk memutuskan hukuman terhadap pegawai berkaitan.
:3.15.20{{tab}}Suruhanjaya mendapati dan berpandangan proses penyempurnaan tindakan tatatertib di LTH ini yang meliputi durasi penahanan kerja perlulah diperkemaskan dan disegerakan agar proses ini dilihat dan diyakini sebagai suatu proses yang berkesan, cekap, adil dan telus.
'''Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia'''
:3.15.21{{tab}}Suruhanjaya mendapati lanjutan daripada proses siasatan dalaman yang dilaksanakan oleh LTH beberapalaporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Antara perkara-perkara yang dilapor kepada SPRM adalah seperti yang berikut:
::(a){{tab}}dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida Bhd oleh TH Plantation (anak syarikat LTH);
::(b){{tab}}dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Opah, di KL Sentral;
::(c){{tab}}dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Nasi Dalca, di Lantai 2 Bangunan Ibu Pejabat LTH;<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|163}}}}</noinclude>
phxqma7apawywjdpwde479rztxhamu8
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/202
250
8839
24160
2026-08-17T08:03:09Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24160
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>::(d){{tab}}dakwaan penyelewengan dan rasuah oleh mantan Ketua Pegawai Operasi LTH dalam melakukan pengubahsuaian (renovation);
::(e){{tab}}dakwaan pemalsuan dokumen pembekalan ''rubber seedlings'' TH Plantation di Ladang TH-Usia Jatimas di Sandakan; dan
::(f){{tab}}dakwaan salah laku dan penyelewengan pegawai THP Bina Sdn. Bhd. dan THP Timur Sdn. Bhd., kedua-duanya anak syarikat TH Properties Sdn. Bhd.
:3.15.22{{tab}}Suruhanjaya difahamkan bahawa pihak SPRM masih lagi menjalankan siasatan bagi dakwaan-dakwaan yang disenaraikan di atas. Perbincangan dan konsultasi di antara LTH dan SPRM juga masih berterusan. Sehubungan itu, Suruhanjaya berpendirian bahawa SPRM harus diberi ruang sewajarnya untuk meneruskan apa jua tindakan dalam ruang lingkup undang-undang sedia ada bagi melengkapkan siasatan mereka.
'''Tindakan Mahkamah dan Timbang Tara'''
:3.15.23{{tab}}Suruhanjaya mendapati terdapat beberapa transaksi pelaburan yang dimasuki oleh LTH telah tidak mencapai matlamatnya atau tidak menepati perancangannya sehinggakan beberapa daripadanya telah beralih ke fasa pertikaian undang-undang sama ada di mahkamah atau di prosiding timbang tara. Antara transaksi-transaksi pelaburan yang sedang melalui proses undang-undang sama ada di mahkamah atau di prosiding timbang tara adalah seperti yang berikut:
::(a){{tab}}isu berbangkit lanjutan daripada LTH menjual pegangan ekuitinya dalam PT TH Indo Plantations kepada PT Borneo Pacific; dan
::(b){{tab}}isu berbangkit lanjutan daripada LTH memeterai perjanjian pajakan dan sub-pajakan jangka panjang dengan syarikat Al-Rawda Real Estates<noinclude>{{smaller|{{rh|164|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
13c31k65v4x6scyc74i18x9jlr4vf2t
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/203
250
8840
24161
2026-08-17T08:06:08Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24161
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>Development & Project Management Co. Ltd di Arab Saudi bagi empat buah hotel iaitu Hotel Al-Aqiq, Al-Haram, Al-Saha di Madinah dan Hotel Rawdat Al-Bait di Makkah.
:3.15.24{{tab}}Suruhanjaya berpendapat, transaksi-transaksi pelaburan yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau di prosiding timbang tara perlu dipantau dan dijadikan agenda khusus oleh LTH bagi memastikan agar semua proses berjalan dengan lancar dan LTH memperoleh keputusan yang terbaik.
:3.15.25{{tab}}Pada masa yang sama usaha dan inisiatif yang selari oleh pihak pengurusan LTH bagi mencapai penyelesaian di luar proses mahkamah dan timbang tara antara LTH dan pihak bertikai harus turut dipertingkatkan agar pertikaian dapat segera ditamatkan melalui penyelesaian yang adil tanpa merencatkan kepentingan LTH.
'''3.16{{tab}}Tanggungan Bantuan Kewangan Haji'''
:3.16.1{{tab}}Suruhanjaya mendapati bahawa kos haji telah meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh, kos haji bagi setiap jemaah bagi tahun 2003 hanya pada kadar RM15,555 tetapi telah meningkat sehingga RM25,540 pada tahun 2022. Kadar ini akan terus meningkat dan dijangkakan pada tahun 2030 kos haji bagi setiap jemaah akan mencecah sehingga RM35,000. Dijangka pada tahun 2050 kos haji boleh meningkat kepada RM50,000.
:3.16.2{{tab}}Suruhanjaya mengambil maklum maklumat daripada LTH bahawa unjuran kenaikan kos haji dari tahun 2022 hingga tahun 2030 adalah seperti pada jadual di bawah:
{| {{ts|ac}} class="wikitable"
|-
! Tahun
! 2022
! 2023
! 2024
! 2025
! 2026
! 2027
! 2028
! 2029
! 2030
|-
! Kos Haji<br>(RM)
| 25,540 || 26,280 || 28,160 || 29,570 || 31,040 || 32,592 || 34,221 || 35,932 || 37,729
|}<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|165}}}}</noinclude>
lktol3rjikxeri24r10ve7klh9w4uz5
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/204
250
8841
24162
2026-08-17T08:13:31Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24162
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.16.3{{tab}}Perbezaan tersebut terpaksa ditanggung oleh LTH melalui skim HAFIS yang dijana daripada keuntungan pelaburan LTH. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kos haji, bayaran haji dan juga HAFIS bagi tahun 2014 hingga 2019.
{| {{ts|ac}} class="wikitable"
|-
! rowspan="2" | Tahun
! Kos Haji
! Bayaran Haji
! HAFIS
! rowspan="2" | Jumlah<br>(RM Juta)
|-
! colspan="3" | RM/ seorang
|-
| 2014 || 16,155 || 9,980 (62%) || 6,175 (38%) || 106
|-
| 2015 || 17,270 || 9,980 (58%) || 7,290 (42%) || 135
|-
| 2016 || 18,890 || 9,980 (53%) || 8,910 (47%) || 160
|-
| 2017 || 19,550 || 9,980 (51%) || 9,570 (49%) || 298
|-
| 2018 || 22,450 || 9,980 (44%) || 12,470 (56%) || 314
|-
| 2019 || 22,900 || 9,980 (44%) || 12,920 (56%) || 299
|}
(tiada penghantaran jemaah haji pada tahun 2020 dan 2021)
:3.16.4{{tab}}Berdasarkan jadual di atas jelas menunjukkan bahawa HAFIS terus meningkat dengan ketara dari setahun ke setahun. Jumlah HAFIS yang ditanggung LTH telah meningkat daripada RM106 juta pada tahun 2014 kepada hampir RM300 juta pada tahun 2019.
:3.16.5{{tab}}Suruhanjaya mendapati tiada kenaikan bayaran haji untuk tempoh selama tiga belas tahun. Dari tahun 2009 hingga tahun 2021 bayaran haji bagi jemaah kali pertama adalah RM9,980, walaupun kos haji terus meningkat hampir setiap tahun.
:3.16.6{{tab}}Suruhanjaya difahamkan bahawa pada tahun 2022, LTH telah mengemukakan cadangan kadar baru bagi bayaran haji dan telah dipersetujui oleh Kerajaan. Kadar baru ini melibatkan kenaikan bayaran haji dan pada masa yang sama memperkenalkan dua lapisan bayaran iaitu:<noinclude>{{smaller|{{rh|166|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
55ve26iqzwx5aik1heoq79ej2as2fnn
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/205
250
8842
24163
2026-08-17T08:18:58Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24163
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
::(a){{tab}}RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40; dan
::(b){{tab}}RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40.
:3.16.7{{tab}}Suruhanjaya mendapati langkah yang diambil oleh LTH adalah wajar dengan mengambil kira peningkatan kos haji yang amat ketara, terutama bermula tahun 2022 berikutan beberapa langkah yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi yang telah meningkatkan lagi kos haji.
:3.16.8{{tab}}Walaupun bayaran haji bagi tahun 2022 telah dinaikkan, namun jumlah HAFIS yang terpaksa ditanggung oleh LTH masih tinggi, iaitu mencecah hampir 57% daripada kos haji. Jadual di bawah menunjukkan unjuran kos haji dan HAFIS bagi tahun 2022 hingga 2030.
{| {{ts|ac}} class="wikitable"
|-
! rowspan="2" | Tahun
! Kos Haji
! Bayaran Haji
! HAFIS
! Jumlah
|-
! colspan="3" | RM/ seorang
!
|-
| 2022 || 25,540 || 12,980 || 12,560 (49.2%) || 376,800
|-
| 2023 || 26,280 || 12,980 || 13,300 (50.6%) || 399,000
|-
| 2024 || 28,160 || 12,980 || 15,180 (53.9%) || 455,400
|-
| 2025 || 29,570 || 12,980 || 16,590 (56.15) || 497,700
|-
| 2026 || 31,040 || 12,980 || 18,060 (58.2%) || 541,800
|-
| 2027 || 32,592 || 12,980 || 19,612(60.2 %) || 588,360
|-
| 2028 || 34,221 || 12,980 || 21,241 (62.1%) || 637,230
|-
| 2029 || 35,932 || 12,980 || 22,952 (63.9%) || 688,560
|-
| 2030 || 37,729 || 12,980 || 24749 (65.6%) || 742,470
|}
:3.16.9{{tab}}Daripada jadual di atas, Suruhanjaya mendapati jumlah HAFIS boleh mencecah hampir RM400 juta setahun bermula pada tahun 2022, walaupun kadar bayaran haji telah dinaikkan kepada RM12,980.00 seorang. Dengan peningkatan kos haji, peratusan kenaikan HAFIS boleh meningkat kepada melebihi 65% daripada kos haji pada tahun 2030, jika kadar bayaran haji kekal. Manakala kos HAFIS yang akan ditanggung oleh LTH dijangka akan<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|167}}}}</noinclude>
5bsulcfsgxz511xw3dpcmm9ke7xs8aw
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/206
250
8843
24164
2026-08-17T08:21:15Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24164
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>mencecah sebanyak RM742.47 juta setahun menjelang tahun 2030.
:3.16.10{{tab}}Memandangkan HAFIS diambil daripada keuntungan daripada pelaburan LTH, maka peningkatan HAFIS sekaligus akan menjejaskan kadar agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit.
:3.16.11{{tab}}Berdasarkan anggaran semasa, jumlah HAFIS adalah dalam lingkungan RM400 juta setahun yang sama dengan pengurangan sebanyak 0.4% daripada kadar keuntungan (hibah) yang dibayar kepada pendeposit. Persoalannya, di manakah tahap yang boleh diterima memandangkan jumlah subsidi sentiasa meningkat dengan kenaikan kos haji. Selagi bayaran haji yang dikenakan kepada jemaah haji ditetapkan pada kadar yang tidak munasabah, masalah peningkatan jumlah HAFIS akan berterusan.
:3.16.12{{tab}}HAFIS yang terlampau tinggi akan menjejaskan kemampuan LTH bagi membuat bayaran keuntungan (hibah) yang munasabah. Kegagalan LTH untuk membayar keuntungan (hibah) yang munasabah boleh menyebabkan pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang besar mencari peluang pelaburan yang lain. Adalah dilaporkan bahawa LTH memerlukan dana minima sebanyak RM60 bilion bagi menampung subsidi haji pada tahap yang ada sekarang. Apabila kos subsidi meningkat, jumlah dana yang lebih besar diperlukan dan pergantungan ke atas pendeposit besar akan bertambah.
:3.16.13{{tab}}Bagi menyelesaikan isu mengenai tanggungan HAFIS yang besar oleh LTH pada setiap tahun, Suruhanjaya mencadangkan:
::(a){{tab}}deposit minimum untuk pendeposit layak diberi giliran menunaikan haji secara automatik (bagi haji<noinclude>{{smaller|{{rh|168|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
rdkkjtlzju9fwodzb7vulz79amly5rm
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/207
250
8844
24165
2026-08-17T08:23:06Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24165
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>kali pertama) dinaikkan daripada RM1,300 kepada kos yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah semasa (sekarang ini berjumlah RM12,980). la akan menggalakkan tabungan secara berdisiplin dan berkala yang seiring dengan fungsi LTH;
::(b){{Tab}}pengeluaran daripada tabungan ini dihadkan dan pendeposit perlu memberi notis pengeluaran selama sebulan sebelum tabungan dapat dikeluarkan. Kaedah ini akan memberi kestabilan terhadap pengurusan kecairan dan memberi peluang bagi LTH mengoptimumkan pulangan demi kepentingan pendeposit; dan
::(c){{Tab}}sebarang bentuk bantuan haji ataupun subsidi hanya diberikan kepada jemaah yang dikira memerlukan sahaja. Bagi pendeposit yang mempunyai aset dan pendapatan yang cukup, mereka perlulah membayar sepenuhnya kos haji mereka. Ini adalah bersesuaian dengan prinsip ''istito'ah''. Di bawah prinsip ini, ibadah haji hanya difardukan kepada sesiapa yang mampu sahaja. Kemampuan yang diambil kira termasuklah kemampuan dari segi mempunyai dana yang mencukupi bagi mengerjakan haji. Konsep ini telah diamalkan ketika PWSBH ditubuhkan dan kemudiannya diterima pakai oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan juga LTH sehinggalah amalan subsidi mula diperkenalkan dalam tahun 2001. Selepas itu, subsidi ini diambil daripada keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit, bukannya suntikan dana daripada Kerajaan.
:3.16.14{{Tab}}Suruhanjaya berpendapat dengan mensyaratkan jumlah yang lebih tinggi bagi mendaftar haji, masalah penumpuan deposit yang menjadi kebimbangan BNM akan dapat ditangani. Dengan mengiktiraf kedudukan sekarang yang mana 65% pendeposit mempunyai<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|169}}}}</noinclude>
jx2mhglu7kt14i8smc8gc4e0t7bncz6
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/208
250
8845
24166
2026-08-17T08:24:37Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24166
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>deposit sebanyak RM2,000 atau kurang dalam akaun mereka. Suruhanjaya percaya apabila had mendaftar haji dinaikkan, para pendeposit yang mempunyai jumlah deposit yang rendah ini akan terdorong untuk menabung dengan lebih serius dan berdisiplin bagi membolehkan mereka memenuhi kewajipan menunaikan ibadah haji.
:3.16.15{{tab}}Suruhanjaya berpendapat, simpanan minimum sebanyak RM1,300 adalah terlalu rendah bagi pendaftaran haji. Suruhanjaya mencadangkan agar pendeposit membuat simpanan penuh berdasarkan bayaran haji (sekarang RM12,980) untuk pendaftaran giliran haji.
:3.16.16{{tab}}Suruhanjaya mendapati kaedah yang diamalkan sekarang ialah jemaah haji berkenaan hanya perlu menyimpan deposit sebanyak RM1,300 iaitu jumlah minimum bagi melayakkan beliau untuk mendaftar haji. Jika beliau terpilih, beliau perlu menambah deposit sebanyak RM11,680 bagi mencukupkan bayaran haji sebanyak RM12,980 (bayaran haji Muassasah). Ini akan melayakkan beliau untuk mendapat pakej haji yang bernilai RM25,000 (anggaran kos sebenar yang ditanggung oleh LTH) iaitu RM12,020 melebihi bayaran haji. Dalam tempoh yang singkat sahaja, sebenarnya pendeposit hanya menyumbang jumlah kecil subsidi tetapi mendapat pulangan yang besar.
:3.16.17{{tab}}Dengan langkah-langkah tersebut di atas, masa menunggu untuk mengerjakan haji dijangka dapat dikurangkan dari 135 tahun kepada 33 tahun sahaja (EY menggunakan RM9,980 dalam pengiraannya). Pendeposit yang menyimpan bayaran haji Muassasah sebanyak RM12,980 akan mengurangkan lagi masa menunggu yang merupakan tempoh yang lebih munasabah dan dalam jangka hayat kebanyakan pendeposit. Ini akan menjadi pendorong kepada mereka untuk menabung dari awal lagi kerana walaupun mereka<noinclude>{{smaller|{{rh|170|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
t7drtoafo57sa58wauntx5n3b5qe1ia
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/209
250
8846
24167
2026-08-17T08:26:09Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24167
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>perlu menunggu lama, tempoh demikian bukanlah tempoh yang tidak munasabah seperti sekarang yang melebihi 100 tahun dan di luar jangka hayat kehidupan rakyat Malaysia.
:3.16.18{{tab}}Selain itu, perubahan ini juga mengambil kira Pelan Pembangunan Tanah Suci oleh Kerajaan Arab Saudi (Saudi Vision 2030), terutamanya bagi menambah kapasiti untuk menampung keperluan jemaah haji. Perubahan ini dijangka akan menjadi satu faktor pengubah (game changer) yang akan mendorong orang-orang yang benar-benar mahu menunaikan haji, menabung di LTH.
:3.16.19{{tab}}Perubahan-perubahan yang dicadangkan di atas perlu diikuti dengan pelan komunikasi yang berkesan dan disusuli dengan kempen untuk meningkatkan jumlah deposit daripada pendeposit yang belum cukup jumlah deposit mereka untuk mendaftar haji. Bakal jemaah haji juga perlu diingatkan dari awal agar mereka tidak lagi berharap subsidi haji diberikan secara menyeluruh tanpa apa-apa syarat.
:3.16.20{{tab}}LTH sebagai sebuah institusi perlu merancang agar mereka mampu membawa lebih ramai jemaah haji pada masa hadapan dan menggunakan sepenuhnya kuota tambahan yang ditawarkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kelancaran operasi haji terganggu dan LTH tersekat daripada memberikan perkhidmatan pada kapasiti yang tertinggi. Persiapan bagi menjalankan operasi haji dalam keadaan normal selepas pandemik Covid-19 berakhir hendaklah digiatkan. Dalam pelan induk Kerajaan Arab Saudi, bilangan jemaah haji akan ditingkatkan menjelang tahun 2030. Pada ketika ini Malaysia diperuntukkan kuota haji dalam lingkungan 30,000 jemaah sahaja (sebelum pandemik Covid-19). Mengikut perancangan Kerajaan<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|171}}}}</noinclude>
jss7nue2upf17zdq1zv7z66zvzna29f
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/210
250
8847
24168
2026-08-17T08:28:49Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24168
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>Arab Saudi, jumlah ini akan ditingkatkan kepada 60,000 menjelang tahun 2030.
'''3.17{{tab}}Penambahbaikan Lembaga Tabung Haji dari Tahun 2017 hingga Sekarang'''
:3.17.1{{tab}}Dalam memastikan LTH terus diperkukuhkan, Suruhanjaya telah meneliti dan membincangkan secara terperinci model pengurusan LTH dengan mengambil kira mandat utama penubuhan institusi berkepentingan umat Islam ini. Suruhanjaya mengambil maklum akan latar belakang sejarah, faktor-faktor pendorong dan juga perkara-perkara lain yang berlaku yang menjadi sebab utama bagi LTH melantik perunding-perunding untuk melakukan kajian bagi meneliti:
::(a){{tab}}model perniagaan LTH yang diguna pakai; dan
::(b){{tab}}mengkaji semula Akta 535 bagi menjadikan LTH sebuah institusi yang lebih mampan dan berdaya-maju.
:3.17.2{{tab}}Seperti yang dimaklum terdahulu, tujuan asal LTH adalah:
::(a){{tab}}sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk membantu urusan mengerjakan haji; dan
::(b){{tab}}menjadi institusi yang membolehkan jemaah-jemaah haji menabung supaya mereka mempunyai dana yang mencukupi bagi persediaan mengerjakan haji.
:3.17.3{{tab}}Walau bagaimanapun, dengan perjalanan waktu, peranan LTH telah diperluaskan menjangkau tujuan asalnya dengan memasukkan visi LTH sebagai tonggak ekonomi ummah, akhirnya menjadi beban kepada LTH untuk terus menjadi sebuah institusi yang mampan dan berdaya maju.<noinclude>{{smaller|{{rh|172|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
96ftgirufi3xkt43n9ckt2uoht5dkl0
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/211
250
8848
24169
2026-08-17T08:30:28Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24169
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.17.4{{tab}}Dalam tahun 2009, Kerajaan telah membekukan kenaikan bayaran haji yang dikenakan kepada jemaah haji Muassasah. Keputusan ini telah memberikan had yang tidak munasabah dan mengakibatkan LTH terpaksa menggunakan keuntungan pelaburan daripada dana pendeposit dengan lebih banyak untuk memberikan subsidi kepada jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan haji. Pada masa ini, subsidi yang diberikan adalah dalam lingkungan 57% daripada kos sebenar untuk mengerjakan haji. Ini menyebabkan keuntungan yang boleh dibayar kepada pendeposit menurut perkiraan semasa berkurangan dalam lingkungan RM400 juta setahun atau 0.4% daripada keuntungan yang boleh diagihkan kepada pendeposit. Hasil daripada keputusan ini telah memberi tekanan kepada LTH untuk terlibat dengan pelaburan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Dengan mengambil risiko pelaburan yang lebih tinggi mengakibatkan kedudukan kewangan LTH menjadi tidak mampan terutamanya dalam persekitaran pasaran kewangan dan kedudukan ekonomi yang mencabar.
:3.17.5{{tab}}Suruhanjaya mendapati polisi rizab yang tidak konsisten pada tahun-tahun yang terdahulu juga tidak membantu dalam membolehkan LTH menyerap tekanan pembayaran agihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit.
:3.17.6{{tab}}Keadaan menjadi bertambah runcing antara tahun 2010 hingga 2017 apabila kadar agihan keuntungan atau hibah telah dibayar pada kadar yang tidak setimpal dengan ciri-ciri pulangan deposit LTH yang lebih berbentuk portfolio jangka pendek. Kadar agihan keuntungan (hibah) adalah tinggi dibandingkan dengan institusi-institusi pelaburan tempatan walaupun LTH beroperasi dan terdedah kepada risiko pasaran yang sama.<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|173}}}}</noinclude>
bs0fxpdfymr4a62o3y2xt4x6ylphnbx
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/212
250
8849
24170
2026-08-17T08:32:07Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24170
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>
:3.17.7{{tab}}Bagi menjana pendapatan yang tinggi, LTH banyak menumpukan aktiviti pelaburannya dalam pasaran saham atau ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pengukuhan pasaran ekuiti Malaysia pada tahun-tahun awal penubuhan LTH serta keistimewaannya sebagai sebuah institusi pelaburan Bumiputera telah membolehkan LTH menerima peruntukan saham penyenaraian awam pada kadar harga yang rendah yang membantu meningkatkan prestasi LTH. Ini membolehkan LTH membayar pulangan pada kadar yang tinggi kepada pendeposit.
:3.17.8{{tab}}Walau bagaimanapun, sejak tahun 2014, apabila pasaran saham negara tidak lagi mempamerkan prestasi yang baik dan rizab-rizab LTH telah terhakis akibat pengagihan keuntungan (hibah) yang tinggi, LTH mula menghadapi masalah. Tekanan politik yang mahukan kadar pengagihan keuntungan (hibah) dikekalkan pada tahap yang tinggi seperti pada tahun-tahun sebelumnya telah menyebabkan LTH mengambil beberapa keputusan yang membawa kepada krisis kewangannya dalam tahun 2017.
:3.17.9{{tab}}Situasi ini telah mendapat perhatian BNM walaupun ia bukanlah sebuah badan yang mempunyai kuasa kawal selia ke atas LTH. BNM gusar dengan keupayaan serta kemampanan (resiliency) LTH terutamanya dalam memberi kadar pembayaran keuntungan yang tinggi kepada pendeposit, berbanding dengan kadar yang dibayar oleh bank-bank patuh syariah dalam tempoh-tempoh berkenaan. BNM kemudiannya telah membawa perhatian terhadap kelemahan dalam polisi rizab LTH yang menunjukkan gambaran masalah yang bakal dihadapi pada masa hadapan.
:3.17.10{{tab}}Pengurusan pelaburan LTH dari tahun 2014 ke tahun-tahun seterusnya terbukti telah menghadapi masalah<noinclude>{{smaller|{{rh|174|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
c0cged0iwuh4lsvr7dof547gqcoa83o
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/213
250
8850
24171
2026-08-17T08:33:36Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24171
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>hingga ke peringkat yang mana ianya menjadi risiko sistemik kepada sistem kewangan di Malaysia kerana ia berkait dengan pengurusan kecairan dan rizab LTH. Surat-surat BNM bertarikh 19 Disember 2014 (Pengambilan Deposit dan Pengurusan Kecairan), 23 Disember 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Februari 2017 (Keperluan Merumus Dasar Rizab), telah dihantar kepada LTH tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. BNM juga telah menulis surat kepada Menteri Hal Ehwal Agama bertarikh 23 Disember 2015. Seterusnya, BNM turut membangkitkan perkara ini kepada Perdana Menteri.
:3.17.11{{Tab}}Apabila KAN membangkitkan "Emphasis of Matter" dalam laporan audit ke atas penyata kewangan LTH untuk tahun 2017, masalah yang dihadapi oleh LTH mula mendapat perhatian. Sebelum itu, firma RB telah dilantik sebagai perunding untuk membuat kajian ke atas LTH dalam tahun 2017. Walau bagaimanapun, LTH dan pengurusannya tidak mengendahkan hasil kajian tersebut yang menunjukkan LTH sedang menghadapi masalah termasuk ketidaksesuaian model pengurusan dan perniagaan yang berisiko, serta subsidi haji yang tinggi.
:3.17.12{{Tab}}Suruhanjaya berpandangan analisis dan dapatan RB adalah baik dan menyeluruh yang turut mengemukakan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan LTH. Walaupun ada cadangan-cadangan yang dikemukakan dikira tidak praktikal, namun penekanan telah diberikan ke atas keperluan untuk menilai semula objektif asal LTH dan pelbagai kelemahan yang wujud dalam struktur organisasi dan operasi LTH. Cadangan-cadangan yang diberikan merangkumi keperluan untuk mengkaji semula carta organisasi, definisi dan ciri-ciri deposit LTH, polisi pelaburan dan keperluan untuk mewujudkan polisi pengurusan risiko yang didapati tidak menyeluruh pada<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|175}}}}</noinclude>
99qsv3zd2js0n9an2zx1h7jjhboarfb
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/214
250
8851
24172
2026-08-17T08:35:40Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24172
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>ketika itu. Ia juga merangkumi isu subsidi yang diberikan kepada jemaah haji Muassasah dan analisis kritikal ke atas kos pengendalian cawangan-cawangan yang ada di seluruh negara bagi tujuan menerima deposit.
:3.17.13{{tab}}Malangnya, laporan RB tidak diberikan perhatian dan dimanfaatkan oleh pengurusan LTH. Tidak ada rekod yang menunjukkan ianya telah dibentangkan kepada Lembaga. Laporan RB telah disiapkan dan diberikan kepada pengurusan LTH sebelum agihan keuntungan (hibah) bagi tahun 2017 diisytiharkan. Ketika ini, keupayaan pengagihan kadar keuntungan (hibah) yang tinggi menjadi persoalan dan tekanan politik dalam menghadapi pilihan raya juga telah mendorong kepada keputusan yang menjadi punca utama krisis kewangan LTH.
:3.17.14{{tab}}Selepas kedudukan kewangan LTH dipulihkan oleh Kerajaan pada akhir tahun 2018 dengan penubuhan UJSB, Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah memutuskan agar BNM memantau LTH. BNM telah mencadangkan supaya LTH menilai tiga model perniagaan baharu:
::(a){{tab}}LTH hanya menerima deposit bagi tujuan mengerjakan haji dan memperkenalkan akaun pelaburan yang memberikan pulangan yang berbeza dengan deposit haji. BNM mencadangkan agar LTH terus memberi penumpuan dan keutamaan kepada pengurusan operasi haji; atau
::(b){{tab}}LTH hanya menerima deposit bagi tujuan untuk mengerjakan haji dan menguruskan operasi haji. Sekiranya LTH meneruskan subsidi haji, ini perlu ditampung oleh Kerajaan; atau
::(c){{tab}}LTH hanya menguruskan operasi haji dan operasi pengambilan deposit dan pelaburan dijalankan oleh Bank Islam yang merupakan anak syarikat LTH.<noinclude>{{smaller|{{rh|176|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
1rb6a8jg5qy7u586py2knfi2nctvme1
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/215
250
8852
24173
2026-08-17T08:37:06Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24173
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>Komitmen Kerajaan diperlukan untuk menampung kos haji dan memberikan subsidi haji.
:3.17.15{{tab}}Suruhanjaya telah meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh BNM dan berpandangan seperti berikut:
::(a){{tab}}cadangan pertama akan meluaskan skop LTH dan menjadikannya sebagai sebuah institusi pengurusan dana, di samping mengumpulkan deposit bagi bakal-bakal haji. Cadangan pertama ini akan membawa kepada perbezaan antara kadar pulangan bagi pendeposit yang menabung bagi kewajipan mengerjakan haji dan pendeposit yang menyimpan bagi tujuan mendapat kadar pulangan pelaburan yang lebih tinggi. Ini akan meningkatkan risiko yang ditanggung oleh LTH dan keupayaan menjana pendapatan yang tinggi juga terdedah kepada risiko pasaran kewangan semasa. Cadangan ini juga berkemungkinan membawa kepada pengeluaran dana yang tinggi kerana dana yang dimasukkan ke dalam akaun pelaburan yang baharu seperti yang dicadangkan, tidak dijamin oleh Kerajaan;
::(b){{tab}}cadangan kedua pula mengehadkan deposit yang boleh diterima oleh LTH. Cadangan ini akan menyebabkan pendeposit yang memiliki jumlah dana yang besar terpaksa mengeluarkan deposit mereka kerana LTH akan mengehadkan jumlah deposit yang boleh diterimanya daripada seseorang pendeposit. Secara dasarnya, pendeposit yang besar ini juga menyimpan di LTH bagi tujuan simpanan patuh syariah dan bayaran zakat disempurnakan oleh LTH. Cadangan kedua ini akan meningkatkan risiko kepada LTH dan Kerajaan kerana tumpuan (concentration) kepada jumlah deposit kecil yang dimiliki oleh bilangan<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|177}}}}</noinclude>
m5u57y3s2dpq82b6mp04ah62digonua
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/216
250
8853
24174
2026-08-17T08:38:35Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24174
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>pendeposit yang kecil amat tinggi. Dianggarkan 75% deposit di LTH dimiliki oleh hanya 5% daripada pendepositnya. Dengan kata lain, jumlah deposit LTH tertumpu kepada mereka yang menyimpan dan memiliki dana yang besar;
::(c){{tab}}cadangan ketiga akan menjadikan LTH sebagai sebuah syarikat pelancongan yang berskala besar dan tersohor sahaja kerana salah satu fungsi utamanya dikeluarkan dari LTH. Risiko membiayai urusan haji ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan ini akan menambahkan bebanan kepada Kerajaan yang sudah pun menanggung Sukuk sebanyak RM27 bilion yang diterbitkan oleh UJSB yang telah menyelamatkan LTH pada tahun 2018. Selain itu, pengasingan dana tabungan ini juga agak sukar untuk dilaksanakan kerana dana ini telahpun dilaburkan oleh LTH dalam pasaran ekuiti, hartanah dan pelaburan berpendapatan tetap. Aset yang dipegang oleh LTH juga tidak mudah dicairkan dan tidak menepati kehendak risiko pengurusan perbankan. Sekiranya LTH terpaksa mencairkan pelaburannya (liquidate its investment), ia akan memberi kesan kepada ekosistem pasaran kewangan dan hartanah negara.
:3.17.16{{tab}}Ketiga-tiga cadangan yang dikemukakan oleh BNM kepada Perdana Menteri itu dianggap tidak praktikal oleh LTH. Pada tahun 2019, LTH juga memutuskan untuk meneruskan model perniagaan yang sedia ada, di samping menerima hakikat bahawa beberapa aspek seperti subsidi haji dan pembaharuan tadbir urus perlu dilakukan untuk menjadikan LTH sebuah institusi yang lestari (sustainable).
:3.17.17{{tab}}Selepas memberikan cadangan pertamanya, BNM telah menyusuli dengan sepucuk surat bertarikh 18 April 2022 kepada Suruhanjaya dan mengemukakan satu cadangan<noinclude>{{smaller|{{rh|178|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
9xzd6fr16qpsy8fau81cvszihw8rwwm
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/217
250
8854
24175
2026-08-17T08:40:05Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24175
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>baharu. la merupakan pindaan kepada cadangan yang terdahulu yang telah dikemukakan sebelumnya kepada Perdana Menteri.
:3.17.18{{tab}}Apa yang dicadangkan kali ini ialah supaya aktiviti pelaburan LTH dijalankan oleh sebuah entiti berasingan yang dikawal selia oleh BNM ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Perlu diingatkan di sini bahawa cadangan baharu BNM ini boleh mengehadkan LTH untuk menerima deposit sekadar yang cukup untuk mengerjakan haji sahaja. Di samping itu, BNM juga menegaskan bahawa cadangan ini memerlukan LTH untuk:
::(a){{tab}}mengkaji semula polisi subsidi haji memandangkan kos haji yang sentiasa meningkat. Ini akan terus menjadi satu risiko besar kepada LTH. Antara perkara yang perlu dinilai semula adalah jumlah subsidi, kelayakan untuk menerima subsidi dan juga sumber pembiayaan yang baharu bagi menampung subsidi yang diberikan;
::(b){{tab}}mewujudkan dan menginstitusikan tadbir urus korporat dan tadbir urus syariah yang mantap dengan meletakkan kepentingan pendeposit sebagai perkara yang paling utama; dan
::(c){{tab}}memodenkan Akta 535 secara holistik dengan mengambil kira kaedah tadbir urus terkini termasuk mengguna pakai piawaian berhemah (prudential standards) bagi menjadikan LTH lebih kukuh dan stabil.
:3.17.19{{tab}}Seperti yang dinyatakan di atas, cadangan terbaharu BNM ini hanya akan menjadikan LTH sebagai sebuah agen pelancongan yang tersohor (glorified travel agent) kerana fungsi pelaburan akan diuruskan oleh pihak luar yang menjadikan LTH hilang kemampuan untuk mengkoordinasi penggunaan keuntungan daripada<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|179}}}}</noinclude>
g0galsdjcw6d5mfp7ib947fea6fpmgc
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/218
250
8855
24176
2026-08-17T08:41:42Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24176
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>aktiviti pelaburan untuk membiayai operasi hajinya. Kini, model perniagaan LTH mengambil kira keupayaan untuk membuat subsidi silang (cross-subsidy). Oleh kerana deposit yang diterima oleh LTH dihadkan kepada deposit bagi tujuan mengerjakan haji semata-mata, sokongan kewangan yang tinggi daripada Kerajaan diperlukan dan ini menjadikan cadangan tersebut satu cadangan yang tidak praktikal.
:(Surat BNM kepada Suruhanjaya bertarikh 18 April 2022 ditanda sebagai Ekshibit dalam Jilid 12)
:3.17.20{{tab}}Berdasarkan sejarah dan kejayaan pada masa lampau LTH telah menjadi satu jenama yang unggul di mata rakyat dan juga negara-negara Islam yang lain. Kecemerlangan pengurusan dan perkhidmatan haji yang ditawarkan juga mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Arab Saudi. Kejayaan ini adalah hasil daripada model perniagaan sedia ada di mana LTH mampu memobilisasi deposit yang kini berjumlah RM88 bilion dan berkemungkinan menjadi RM100 bilion dalam masa dua tahun lagi, dalam menjana pendapatan yang baik.
:3.17.21{{tab}}Suruhanjaya berpendapat bahawa cadangan baharu yang dikemukakan oleh BNM ini tidak harus disokong. LTH masih mampu berperanan secara strategik jika dikekalkan sebagaimana sekarang dengan perubahan-perubahan yang disyorkan. Dana berjumlah RM88 bilion yang dikumpulkan oleh LTH adalah cukup besar dan signifikan untuk menjadikan LTH sebagai pengurus dana yang berwibawa. Sama seperti institusi lain, contohnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), LTH telah menyerahkan sebahagian daripada dananya untuk diuruskan oleh pengurus dana profesional sebelum ini.
:3.17.22{{tab}}Suruhanjaya berpendapat pengurusan pihak luar tidak semestinya boleh menunjukkan prestasi pelaburan yang<noinclude>{{smaller|{{rh|180|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
rpfjuia2egsegpcah93yidfiorywa9v
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/219
250
8856
24177
2026-08-17T08:44:25Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24177
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>baik. Rekod menunjukkan prestasi pengurusan dana LTH oleh pihak pengurus dana luar terutamanya bagi portfolio ekuiti luar negara adalah tidak memberangsangkan. Ini kerana mereka telah diberikan mandat untuk melabur di pasaran baru muncul (emerging markets) dan bukannya pasaran global. Mandat juga hanya pada pasaran Asia Pasifik di mana ciri risiko pasaran hampir sama dengan pasaran tempatan dan tidak menepati kepelbagaian risiko pasaran (diversification of market risk).
:3.17.23{{tab}}Suruhanjaya mendapati, selepas penstrukturan kewangan disempurnakan, LTH dan pengurusan yang mengambil alih dalam tahun 2021 telah melantik EY bersama dengan Zaid Ibrahim & Co (ZICO) untuk mengkaji semula model perniagaan LTH. ZICO bertanggungjawab untuk mencadangkan penambahbaikan Akta 535 selaras dengan model perniagaan baharu yang dicadangkan oleh EY. EY telah mencadangkan supaya LTH dipecahkan kepada tiga entiti berasingan seperti berikut:
::(a){{tab}}Pengurus Dana (Fund Manager);
::(b){{tab}}Dana Hak Milik (Own Fund Proprietary); dan
::(c){{tab}}Akaun Dana Pendeposit (Depositors Fund Account).
:3.17.24{{tab}}Justifikasi penubuhan tiga entiti yang diberikan oleh EY adalah:
::(a){{tab}}pengasingan ini akan menjadikan aktiviti pengurusan haji dan pengurusan dana lebih telus (transparent);
::(b){{tab}}pengasingan aktiviti pengurusan LTH dan pengurusan dana mengikut amalan tadbir urus yang terbaik;
::(c){{tab}}pengurusan dana akan dikawal selia; dan<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|181}}}}</noinclude>
jhrn83mqo4yz5ayh43dbna39gw63dc7
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/220
250
8857
24178
2026-08-17T08:45:54Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24178
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>::(d){{Tab}}mewujudkan dana persendirian (proprietary fund) yang dimiliki oleh LTH yang terpisah daripada dana pendeposit sebagai modal bayangan (pseudo capital) LTH.
:3.17.25{{Tab}}Suruhanjaya mendapati, berdasarkan cadangan-cadangan di atas, akan ada tiga entiti yang mempunyai tanggungjawab fidusiari ke atas institusi masing-masing iaitu LTH, Tabung Haji Berhad (pengurus dana) dan Tabung Persendirian TH. Oleh kerana masing-masing ada tujuan yang tersendiri, Suruhanjaya berpandangan bahawa terdapat kemungkinan berlaku percanggahan kepentingan antara satu sama lain. Ini mungkin akan meningkatkan kos keseluruhan entiti ini dan juga boleh menjejaskan operasi haji sekiranya dana yang diperlukan oleh Bahagian Operasi Haji tidak diperuntukkan secara terancang seperti sekarang.
:3.17.26{{Tab}}Suruhanjaya ingin menarik perhatian bahawa LTH sekarang ini diberikan pengecualian cukai oleh Kerajaan. Sekiranya operasinya dipecahkan seperti yang dicadangkan, dikhuatiri akan ada ketirisan cukai (tax efficiency) yang akan mengurangkan keupayaan pengagihan keuntungan (hibah) kepada pendeposit LTH.
:3.17.27{{Tab}}Suruhanjaya mendapati melalui cadangan yang dibentang oleh EY bahawa lebihan daripada operasi haji akan dipindahkan kepada rizab atau pun dipindahkan kepada Tabung Persendirian. Adalah dikhuatiri kaedah ini akan menjadikan penambahan rizab bergantung sepenuhnya kepada lebihan operasi haji, bukannya secara terancang seperti yang ada dalam polisi rizab LTH. Dalam masa yang sama, pengaliran keluar dana kepada Tabung Persendirian, sekiranya dibuat, akan mengurangkan jumlah dana yang dimiliki dan boleh diagihkan kepada pendeposit. Mewujudkan satu dana tersendiri untuk LTH akan mengubah prinsip yang sudah<noinclude>{{smaller|{{rh|182|LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI| }}}}</noinclude>
hcvd9uvjjz3mweylrr7sey0hjd3l646
Laman:Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.pdf/221
250
8858
24179
2026-08-17T08:47:26Z
PeaceSeekers
18
/* Telah diuji baca */
24179
proofread-page
text/x-wiki
<noinclude><pagequality level="3" user="PeaceSeekers" /></noinclude>lama dipakai dalam model perniagaan LTH yang meletakkan perkembangan nilai deposit pendeposit sebagai matlamat utama.
:3.17.28{{tab}}Dengan adanya tiga struktur yang mempunyai Lembaga Pengarah masing-masing, keperluan untuk melantik individu-individu sebagai anggota Lembaga tersebut akan mengundang campur tangan politik yang lebih besar jika tidak ada kawalan undang-undang yang jelas. Sekiranya ini berlaku, pengaruh politik ke atas LTH akan bertambah, bukannya berkurangan. Risiko kemampanan dan kelestarian LTH juga akan terjejas.
'''3.18{{tab}}Pandangan Suruhanjaya'''
:3.18.1{{tab}}Suruhanjaya dengan ini berpandangan bahawa struktur yang sedia ada haruslah dikekalkan dengan mengambil kira hasil-hasil laporan RB dan EY, terutamanya bahagian-bahagian atau pandangan yang bersesuaian untuk diterima pakai bagi menjadikan LTH sebuah organisasi yang lebih mampan.
:3.18.2{{tab}}Fungsi pelaburan LTH yang meliputi pengurusan pelaburan dan pembayaran keuntungan (hibah) hendaklah dijalankan dengan bebas dan profesional agar ianya dilindungi dari perkara-perkara yang telah berlaku sebelum ini. Oleh kerana pembiayaan operasi haji perlu dilakukan secara terancang, kedua-dua fungsi pengurusan dana dan pengurusan haji perlu berada di dalam entiti yang sama terutamanya apabila terdapat unsur-unsur subsidi silang (cross subsidy) seperti yang diamalkan sekarang. Selagi subsidi menjadi amalan, pengasingan antara pembiaya dan pengurus haji akan menimbulkan masalah dalam operasi haji.<noinclude>{{smaller|{{rh| |LAPORAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA TABUNG HAJI|183}}}}</noinclude>
qcc1rqel5lr7rn5epr04t7yz6iakgwr